Selamat Hari Raya Aidil Adha

Tuesday, August 13, 2019
Semoga segala yang kita rancangkan berjalan dengan lancar.

Kami sekeluarga mengucapkan Salam Aidil Adha untuk semua. Maafkan segala salah dan silap. Terkasar bahasa tercalar emosi.

Raya kali ni kami tak balik kampung sebab masing-masing tak dapat cuti panjang walaupun anak-anak cuti sekolah. Kami pergi melawat Atuk Kamal di Hulu Langat. Bila dah melawat ni dia bagilah buah tangan di kebunnya.




InshaAllah lepas raya ni, jalan dah lengang tak jem kami akan balik kampung. Bawa Tok Mek datang KL pulak. Pelepas angin di sini. Dia boring-boring hantar pergi jalan rumah Achik Manjung pulak.

Nama pun raya kan. Kalau tak jem tak sah. Dengarnye berjam-jam di atas jalan raya. Kami yang duduk di Hulu Langat pun tak ketinggal makan jem. Nak pergi ke Batu 14 pun makan masa yang lama. 

Highway baru yang tengah buat sekarang ni pun macam dah nak siap. Jambatan yang merentasi Sungai Michu pun nampaknya dah nak siap. Lepas ni kalau ada rezeki nak pergi Langat, lajulah. Hihi.





4 comments:

  1. Replies
    1. Salam Aidil Adha WP. Nnt kak feni melawat wp di blog.

      Delete
  2. Salam aidil Adha kembali.
    Mujurlah kampung Mrs. A dekat aje tapi itupun terpaksa harung jem jugak alhamdulillah tak lama sangat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Mrs. A, musim-musim raya ni semua penjuru jem. hihi nama pun raya.

      Delete

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke Blog Kak Feni. Sila tinggalkan komen untuk Kak Feni kunjung ke blog anda kembali. Thanks !

Powered by Blogger.