Welcome August 2019 !

Thursday, August 01, 2019

Alhamdulillah bertemu kembali di bulan Ogos yang begitu indah nan bahagia. Thank you Allah. 

Permulaan yang baik dan semoga diakhiri juga dengan penuh kebaikan dan keberkatan. Begitulah doa kita. Lagi 5 bulan kita akan sambut tahun baru.

Dah 8 bulan berlalu, apa pencapaian yang telah kita capai ?

Alhamdulillah mari kita berangan-rangan dulu. Biarlah orang nak kata angan-angan Mat jenin or what so ever. Janji aku ada impian dan bermimpi atau berangan itu PERCUMA. Tiada siapa nak marah. Kalau nak marah pun who's care ? Jawab je "ada mak kesah?''

Hidup ni bukan nak kisahkan apa yang orang kata. Kalau ikutkan apa yang orang nak kita takkan maju sebab dok mikirkan apa yang orang kata.

Yang penting sekarang ni MOVE ON. Pedulikan apa yang orang nak cakap. Asalkan apa yang kita buat tak salah, tak menyusahkan orang lain. Just goes on.

Hidup kita, kita yang tentukan. Selalulah dengar kata-kata motivasi untuk menguatkan semangat sebab semangat ni ada naik turun. Bila tengah banyak dan berkobar-kobar tu, rasa macam nak buat semuanya tapi belajarlah bertenang dan buat satu-satu. Bukan apa. Takut yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran. Begitulah hidup ini.

Belajar istiqamah untuk melakukan kebaikan. Contohnya nak berubah. Kita takkan mampu berubah 360 darjah dalam satu masa. Namun boleh berubah sikit-sikit. Berubah perlahan-lahan macam perbaiki diri 1% setiap hari. Setahun kita dah berubah sebanyak 365%. 

Alhamdulillah setakat ni pencapaian yang Kak Feni dah capai ialah :-

1. Dapat komisyen sebagai TRAVEL AGENT sebanyak 4 angka. Tak pernah sangka boleh buat. Hanya berangan-angan dan cuba. Sekali closed. Allahuakbar sujud syukur.

2. Income dengan bisness Shopee. Setiap bulan ada jer order masuk. 

3. Shaklee, jual suplemen dan skin care. Setiap bulan akan masuk order. Dulu nak bisnes pun tak pandai dan takut serta malu lebih besar.

4. Pendapatan melalui blog. Tulis dan tulis segala benda yang bermanfaat. Akan ada orang yang menghargai bakat dan kesusahan kita.

5. Banyak jemputan review produk dan perkhidmatan. Maafkan Kak Feni sebab banyak juga yang Kak Feni terpaksa tolak dengan cara baik sebab tak mampu. Kekangan kerja hakiki dan juga masa yang tidak mengizinkan. InshaAllah kalau tak ada aral, pasti akan memenuhi setiap jemputan.

6. Dah tulis entry di blog sebanyak 111 (ewah cantik pulak nombor) di blog ni untuk tahun 2019. Konon nak tulis entry setiap hari 1 entry minimum. Sepatutnya dah 212 entry sampai hari ni. Kurang 101 lagi nak capai target. Haha semoga Kak Feni terus istiqamah menulis benda yang baik-baik.

7. Berjaya kumpul duit untuk roadtax dan insurans kereta serta motor. Haha 

Banyak lagi achievement yang dah capai tapi tu jer yang Kak Feni ingat dan boleh share. Pasal anak-anak pun banyak juga. Menjadi ummi kepada 2 anak bujang tak susah dan tak mudah. Namun terima dengan hati yang terbuka.

Sekali sekala jadi tarzan itu biasa. Pagi-pagi bergegar bumbung rumah pun biasa. Lama-lama semakin baik dan baik. Awal tahun, Abang Aus macam kena culcure shock sebab kena pergi 2 sekolah. Sekolah agama dengan sekolah kebangsaan. Dia taknak pergi sekolah agama. Jenuh juga memujuk dan macam-macam drama swasta di pagi hari. Kita pula nak masuk kerja. Hati memang kena kental. 

Kak Feni amalkan doa yang orang share dalam FB tu. Alhamdulillah menjadi, mungkin juga doa seorang ibu. Yang penting jangan putus asa dan sentiasa doa. Anak-anak adalah anugerah Allah yang tidak ternilai. 

Semoga Allah memberkati dan memberikan yang terbaik untuk kita. Amin.



9 comments:

  1. dah bulan ogos dah harini saya nantikan result exam je ni huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah semuanya akan baik-baik je. Mohon pada Allah.

      Delete
  2. wahhh bestnya... mcm2 pencapaian yg dh buat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah syukur semuanya dengan izin Allah.

      Delete
  3. woww..hebatnya pencapaian kak feni. boleh menuntut ilmu tak? :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Hayati juga seorang yang hebat.

      Delete
  4. Alhamdulillah..dah bulan Ogos..dah masuk juga bulan Zulhijjah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya PC kita dah masuk bulan Zulhijjah. Nak raya haji dah kita.

      Delete
  5. Alhamdulillah..semoga terus sukses..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke Blog Kak Feni. Sila tinggalkan komen untuk Kak Feni kunjung ke blog anda kembali. Thanks !

Powered by Blogger.