30 Peraturan Yang Boleh Kita Amalkan Untuk Memudahkan Hidup Ini

Friday, September 06, 2019
Hidup tanpa peraturan ibaratkan hidup tanpa tujuan. Mari kita lihat 30 Peraturan Yang Boleh Kita Amalkan Untuk Memudahkan Hidup Ini.

1. Buat Senarai Keutamaan


Tulis perkara-perkara penting dalam hidup. Tulis ikut hati sendiri tanpa ada paksaan dari sesiapa. Gunakan senarai ini untuk rujukan. Bila kita berada dalam keadaan tertekan dan terlalu penuh boleh rujuk balik senarai untuk apa aku buat semua ni.

2. Cari Masa Untuk Kesihatan Mental


Luangkan masa untuk kesihatan mental dengan berdoa, membaca, meditasi, yoga, terapi atau berbual dengan sahabat untuk merangsang minda serta meningkatkan kesejahteraan hidup. Hidup dalam tekanan boleh membuatkan kita hidup dalam depress. Bahaya depsress ni hanya mereka yang pernah alaminya sahaja yang tahu.

3. Buat Perancangan


Tulis segala temujanji, tarikh akhir, majlis dan perkara yang penting adalah cara terbaik untuk menggunakan masa kita. Ini boleh mengurangkan tekanan disebabkan oleh penangguhan atau kelalaian. Jangan lupa juga untuk jadualkan masa untuk diri sendiri.

4. Lakukan 10-Minit Pembersihan Setiap Hari


Bila kita buat pembersihan rumah 10 minit setiap hari, kita akan menjimatkan masa membersih keseluruhannya pada hujung minggu. Jadi masa untuk pembersihan itu kita boleh gunakan untuk aktiviti lain seperti membaca, bersenam atau bersama keluarga di hujung minggu.

5. Tiada Media Sosial Untuk Sejam Sebelum Dan Selepas Tidur


Berikan masa untuk mulakan dan akhiri harian kita dengan tenang tanpa berita, tajuk utama artikel dan juga iklan.

6. 1 Beg Besar Untuk Barang Terpakai


Satu cara cepat untuk memudahkan perkara di rumah ialah dengan bekerjasama dengan diri sendiri untuk dermakan ataupun buang barangan terpakai dalam satu beg besar. Kumpul dan serahkan kepada pihak yang berkenaan.

7. Minta Bantuan


Minta bantuan dengan pihak tertentu untuk membantu dalam hidup. Contohnya kita perlukan rehat yang secukupnya pada hujung minggu setelah penat bekerja keras, kita hantar anak-anak ke pusat jagaan harian untuk dijaga.

8. Berikan Masa Untuk Diri Sendiri 


Beri masa untuk diri sendiri sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu. Cari aktiviti yang sesuai dengan diri kita sendiri untuk kita lakukan bagi membuatkan kita rasa ceria dan bahagia.

9. Kemaskan Ruang Kerja Apabila Selesai


Yang ni sangat penting sebab kita akan rasa tenang dan selesa bila nak mulakan sesuatu tugasan baru. Bila ruangan kerja kita nampak lapang dan tenang tanpa gangguan. Kerja dalam keadaan kusut dan serabut boleh menambahkan tekanan di kepala.

10. Luangkan Masa Untuk Alam


Cara terbaik untuk tenang dan damai adalah berhubung dengan alam. Ambillah cuti untuk berehat di tempat yang sunyi dan hijau seperti di resort atau balik kampung yang penuh dengan kehijauan.

11. Memudahkan Dengan Rutin Pagi


Mulakan aktiviti pagi dengan perkara yang lebih produktif dapat membentuk hari yang lebih indah.

12. Bersantai dengan Tenang Sebelum Tidur


Membaca buku, berdoa, tutup lampu, jangan tengok telefon pintar atau minum secawan teh. Tidur malam yang berkualiti adalah cara terbaik untuk meremajakan diri.

13. Baca Bahan Motivasi


Membaca bahan motivasi tidak kisah ianya melalui buku, blog, atau artikel berita. Dengan motivasi dan positif dapat membantu membina hidup yang lebih berkualiti.

14. Lakukan Sedikit Aktiviti Fizikal Setiap Hari


Jika kita rasa aktiviti senaman kita terlalu keras, boleh mudahkannya dengan berjalan-jalan di sekitar taman atau blok perumahan atau lakukan aktiviti regangan selama beberapa minit. Cara lain yang lebih mudah ialah dengan bergerak setiap hari.

15. Meditasi


Bagi yang beragama Buddha, mereka percaya bahawa meditasi dapat membantu meningkatkan kualiti hidup. Bagi umat Islam pula, kita boleh amalkan dengan cara mendekatkan diri dengan tuhan. Berdoa dan lakukan apa yang Allah suruh dapat menenangkan jiwa.

16. Lakukan Tugas Kegemaran Terlebih Dahulu


Buat sesuatu yang kita suka sebelum kita buat sesuatu yang lebih sukar. Ini tidak membuang masa dengan membuat sesuatu yang sukar.

17. Kurangkan Menonton Televisyen


Kurangkan menonton televisyen dan gantikan dengan aktiviti yang lebih produktif.

18. Buat Belanjawan Dan Bayar Hutang


Hutang merumitkan banyak benda dalam hidup. Membangunkan rancangan dan perbelanjaan mungkin nampak seperti satu kerja namun hakikatnya ia akan menyelamatkan kita dari masa, tekanan dan juga dana untuk masa akan datang. Mengurangkan hutang boleh membuatkan kita hidup lebih tenang.

19. Kurangkan atau Kitar Semula


Bila kita memilik barang yang sikit, jadi kita tidak akan risu untuk menukar atau berbelanja untuk berlebihan. Mengurangkan barang adalah salah satu jalan untuk mengurangkan tekanan dan kerisauan.

20. Katakan Tidak Untuk Berlebihan


Bukan bermaksud tidak bersosial sebaiknya buatlah sesuatu yang mampu kita lakukan ikut kemampuan diri sendiri. Katakan tidak bila kita tidak mampu untuk lakukan semuanya dalam satu masa.

21. Hapuskan Orang Yang Bertoksik Dalam


Tinggalkan mereka yang tidak membantu dalam hidup ini supaya kita dapat hidup lebih tenang dan bahagia. Kalau kita bersama mereka pun bukan membantu malah lebih menjatuhkan kita. Hidup terlalu singkat untuk bersama dengan orang yang beracun.

22. Ambil Masa Rehat


Ambil masa untuk keluar bila berada di tengah ketegangan. Jika terasa macam kepala sudah terlalu sarat dengan masalah, ambil masa untuk rehat. Kembali masuk kerja apabila keadaan kembali tenang dan pandangan yang berbeza.

23. Jadikan Rumah Tempat Ketenangan


Hiasi rumah untuk nampak cantik dan tenang. Pilih susunan yang tenang dan lapang untuk dinikmati bila pulang dari tempat kerja.

24. Kerap Bersama Dalam Kumpulan Yang Kecil


Bersama dengan berkumpul dengan keluarga dan rakan-rakan terdekat membantu mengeratkan hubungan kekeluargaan dan persahabatan.

25. Pilih Hobi Yang Sesuai


Reka cipta, buat kek, menulis atau membaca ada hobi yang boleh di pilih. Penyelidikan menunjukkan bahawa mereka yang mempunyai hobi dapat menjadikan mereka lebih bahagia dan juga membantu untuk hidup lebih lama.

26. Sentiasa Menghargai Masa Sendiri dan Juga Orang Lain


Menghargai masa kita bermakna menghargai orang penting di sekeliling kita.

27. Kurangkan Melihat Berita 


Semak berita dunia tidak lebih dari sekali sehari. Ini juga bermaksud kurangkan melihat newsfeed di Facebook, menonton televisyen atau perbualan dengan rakan lain.

28. Mengurangkan Hipotesis


Berurusan dengan fakta dalam keadaan yang tertekan boleh membantu mengurangkan kebimbangan, kemarahan dan kebencian terhadap orang.

29. Pandu Perlahan Atau Keluar Awal


Keluar awal untuk bertenang semasa dalam perjalanan menuju ke pejabat. Terburu-buru boleh membuatkan kita rasa tertekan dengan keadaan.

30. Jangan Melabur Di Luar Kemampuan


Pilih pelaburan untuk membantu masa depan bukan untuk menambah tekanan. Hidup akan jadi lebih kucar kacir bila jangkaan kita tidak seindah yang diimpikan.

2 comments:

  1. nice sharing kak... kbanyakan plan ni semua dah ada amalkan, cuma tak ditulis macam ni je. bila dah ditulis makin nampak jelas... done follow blog ni

    ReplyDelete
  2. meditasi pun boleh kita amalkan selepas solat sunat..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke Blog Kak Feni. Sila tinggalkan komen untuk Kak Feni kunjung ke blog anda kembali. Thanks !

Powered by Blogger.