35 Tabiat Boss Wanita Untuk Maju Bermula Dari Sekarang


1. Bangun awal pagi pada waktu yang sama setiap hari.

Rutin bangun awal pagi sangat membantu dalam menjalani rutin harian. Mula dengan bangun awal untuk memulakan tugas. Bagi umat Islam, seeloknya bangun awal pagi sebelum subuh untuk menunaikan solat sunat seterusnya solat subuh.


2. Bermuhasabah diri.

Bagun awal membolehkan kita ada masa untuk bermuhasabah diri. Masa ni kita akan fikir dimana kekurangan kita sebagai hamba. Harus sentiasa meminta dengan Allah untuk mendapatkan apa yang kita mahu di dunia dan akhirat.


3. Minum banyak air.

Banyakkan minum air kosong untuk mendapatkan kesihatan yang baik. Air diperlukan untuk menghantar oksigen ke otak. Bila otak dapat berfikir dengan baik, kita pun dapat menghasilkan idea-idea yang lebih bernas.

4. Melafaz ikrar (affirmation) setiap hari.

Tulis ikrar untuk diri sendiri. Hafal dan cakap dengan diri sendiri. Kalau boleh cakap dengan cermin seolah-olah cakap dengan seseorang tapi diri sendiri. Cakap benda yang baik-baik dan hasilnya pasti akan baik-baik sahaja.

5. Buat kenyataan misi secara profesional.

Tulis misi hidup secara profesional. Misi ini kita akan gunakan untuk mencapai apa yang kita nak capat dalam hidup ni.

6. Bina SMART action plan untuk mencapai matlamat.

S - Specific
M - Measurable
A - Achievable
R - Relevant
T - Time-Bound

Nanti ada masa update kemudian tentang SMART ni.


7. Mula menyimpan jurnal.

Mula simpan jurnal untuk rujukan di kemudian hari. Kalau boleh catatkan apa isi penting. 

8. Plan aktiviti harian lebih awal.

Kalau boleh plan awal apa yang nak dibuat esok hari. Siap-siap rancang malam sebelum hari baru bermula. Plan ini membantu melancarkan perjalanan aktiviti harian dan tidak membuang masa begitu sahaja.

9. Pilih waktu yang sesuai untuk menyemak dan menjawab segala e-mail.

Pilih waktu yang sesuai dan tepat untuk menyemak dan menjawab e-mail. Kalau boleh awal pagi semak e-mail penting dan balas segala e-mail yang perlu dijawab segera.


10. Gunakan aplikasi yang sesuai untuk menghalang website yang tidak berfaedah.

Yang ni penting untuk mengelakkan kita membuang masa melayari website-website yang tidak berfaedah. Untuk komputer peribadi eloklah pasang aplikasi yang sesuai.

11. Masak lebih untuk makan sendiri.

Masak makanan untuk makan sendiri bagi mengelakkan membuang masa beratur membeli makanan di kedai makan.

12. Makan makanan yang tidak menggunakan daging sehari dalam seminggu (vegetarian).

Elakkan makan daging setiap hari. Tetapkan sehari dalam seminggu untuk ambil makanan yang tidak mempunyai daging.

13. Buat plan makanan untuk seminggu.

Sediakan jadual makanan untuk seminggu bagi memudahkan urusan. Bila dah plan siap-siap untuk seminggu, kita tak akan ada masalah untuk masak apa setiap hari.

14. Cari kawan untuk bersenam.

Bersenam dengan kawan adalah lebih baik dari bersenam sendirian. Kita akan saling memberikan motivasi untuk sama-sama sihat dan mendapat berat badan idaman.

15. Keluar berjalan selama 15 minit setiap hari.

Pastikan luang masa selama 15 minit sehari untuk berjalan bagi mendapatkan ketenangan emosi. Berjalan dapat mengurangkan tekanan yang sedang dihadapi.

16. Buat keutamaan sosial.

Terlalu banyak aplikasi media sosial yang kadang-kadang membuatkan kita berasa tertekan. Jadi buang atau hapuskan aplikasi yang kita tak guna. Kurangkan menggunakan media sosial untuk tujuan yang tidak bermanfaat.


17. Berhubung atau berkenalan dengan orang yang tidak sama dengan industri sendiri.

Berkenalan dengan orang baru dapat bertukar pendapat. Kadang-kadang berada dalam persekitaran yang sama membuatkan kita rasa bosan dan jemu sebab asyik buat benda yang sama. Bila kita cuba sesuatu yang baru memberikan kita satu pengalaman yang baru.

18. Tulis banyak nota tangan.

Ya, zaman sekarang zaman menggunakan telefon pintar. Namun menulis menggunakan tangan adalah lebih efektif. Menulis guna tangan lebih menguatkan ingatan. Nak hafal dan nak rujuk balik pun senang berbanding guna telefon pintar. Cahaya dari telefon pintar boleh merosakkan mata. Banyakkan menggunakan pen dan buku nota lebih bagus.

19. Jauhi penggunaan telefon bimbit sebelum tidur.

Tidurlah dalam keadaan yang selesa dan tenang. Elakkan melihat telefon sebelum tidur untuk dapat kualiti tidur yang lebih baik.


20. Tukarkan televisyen kepada buku yang lebih bagus.

Daripada menonton televisyen untuk perkara yang kurang bermanfaat lebih baik baca buku-buku yang dapat memberikan motivasi.

21. Dapatkan tidur yang mencukupi.

Pastikan tidur yang mencukupi untuk menjalani rutin harian yang padat. Tak cukup tidur boleh membuatkan kita moody dan stress sepanjang hari. Bila stress boleh membuatkan kita hilang daya tumpuan untuk lebih fokus.

22. Melabur untuk rumah.

Jangan lepaskan peluang untuk melabur dalam memiliki rumah sendiri. Bila kita ada perancangan untuk melabur. Rumah adalah aset yang sangat berguna di masa depan.

23. Semak penyata bank dengan kerap.

Semak penyata bank setiap kali wang keluar masuk. Ini dapat membantu kita tahu kemana aliran wang tunai kita keluar.

24. Kumpul barangan terpakai untuk didermakan.

Wanita dan membeli belah tidak boleh dipisahkan. Jadi untuk mengelakkan lambakan barang terpakai di rumah. Apa kata kumpul barangan terpakai itu untuk didermakan kepada mereka yang lebih memerlukan. Amalan ini bukan sahaja boleh mententeramkan jiwa. 

25. Daftarkan automatik debit untuk akaun simpanan.

Elakkan menggunakan kad kredit ketika membeli belah. Sebaiknya gunakan debit kad untuk membeli kerana ini boleh mengelakkan penambahan hutang.

26. Amalkan menerima pujian dengan ucapan "Terima Kasih".

Bila mendapat pujian ucapkanlah "Terima Kasih". Kembang hati orang yang memuji. Jangan bangga diri dan sombong. Tunjukkan jati diri yang baik-baik.

27. Ambil waktu untuk cas semula.

Luangkan waktu untuk recharge semula. Penat dan letih boleh menurunkan kualiti kerja. Kalau komputer pun kena refresh inikan manusia. Bukan robot, jadi ambillah waktu untuk berehat dan cas semula.

28. Belajar perkataan baru.

Sentiasa belajar benda baru. Belajar perkataan baru boleh meningkatkan ilmu pengetahuan.

29. Kenal pasti contoh idola profesional dan cuba untuk mengikuti jejak langkah mereka.

Cari idola yang boleh kita ikuti untuk menjadi contoh. 

30. Tonton banyak rancangan bual bicara.

Rancangan bual bicara selalunya membincangkan tentang isu-isu semasa yang sedang melanda sekitar kita. Jadi pilihlah rancangan yang boleh menambah ilmu pengetahuan kita.

31. Sentiasa ada senarai idea-idea yang hebat di dalam telefon pintar.

Bila terlintas idea-idea menarik, terus catat di telefon pintar. Bila tak ada idea nak buat boleh rujuk balik senarai idea-idea yang telah kita catat di telefon. Ciri-ciri orang berjaya adalah membawa buku nota kemana sahaja dia pergi. Zaman ni, kalau tak ada buku nota pun, boleh guna telefon untuk mencatat.

32. Cipta Vision Board dan pamerkan dengan bangga.

Vision Board dalam bahasa Melayu ialah Papan Misi. Di sini kita gambarkan impian kita. Print dan tampalkan apa impian kita di VB. Hari-hari kita tengok dan usaha. InshaAllah sampai masa semuanya akan tercapai dengan izin Allah. Semuanya akan berlaku dengan hasil usaha kita sendiri.

33. Meraikan peristiwa penting dengan orang yang tersayang.

Dalam hidup ini, jangan lupakan orang-orang yang selalu bersama kita. Jika ada peristiwa penting berlaku, raikan bersama insan tersayang.

34. Cari mentor terdekat.

Untuk lebih berjaya, selalunya kita perlukan mentor untuk memberi tunjuk ajar. Cari mentor yang boleh mendorong kita untuk menuju kejayaan dan lebih berjaya.

35. Hapuskan pengaruh toksik.

Yang ni sangat penting. Hapuskan pengaruh toksik dan segala benda yang bertoksik. Toksik ni yang selalunya membunuh kejayaan kita. Ubah persekitaran yang lebih positif dan berada di kalangan positif boleh menjadikan kita insan yang lebih berjaya.




6 Comments

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke Blog Kak Feni. Sila tinggalkan komen untuk Kak Feni kunjung ke blog anda kembali. Thanks !