Alhamdulillah Hujan Dah Turun Di Bumi Kuala Lumpur

Wednesday, September 18, 2019
Alhamdulillah hari ni hujan turun dengan lebatnya di sekitar pejabat Kak Feni. Maklum saja cuaca sekarang yang panas tapi tak nampak cahaya. Jerebu teruk melanda negara. Semua makhluk Allah merasainya.

Alhamdulillah dan syukur sebab Allah masih berikan peluang untuk kita bernafas dan bertaubat dengan segala dosa. Nikmat cuaca ini Allah ambil sekejap untuk kita sentiasa beringat bahawa tiada yang lebih berkuasa selain Dia.

Kesusahan ini memberi keinsafan untuk kita supaya sentiasa beringat dan beriman kepada Allah. Hidup ini hanya pinjaman semata-mata. Nikmat hidup ini akan berakhir bila kita dijemput pulang. Semoga Allah jemput kita dalam keadaan yang terbaik.

Allahuakbar terlalu sebak bila memikirkan apakah yang akan terjadi untuk pengakhiranku nanti ?

Teringat Pakcik depan rumah Kak Feni cakap. Anak-anak masih kecil, kamu doa supaya Allah panjangkan umur kamu supaya dapat menjaga dan mendidik anak-anak sehingga mereka dewasa dan pandai membawa diri. Kita tak tahu kalau orang bela anak kita macam mana mereja jaga anak-anak kita.

Allahuakbar, Ya Allah, panjangkan usia kami suami isteri supaya dapat membimbing anak-anak ke jalanMu. Jalan yang lurus. Berikan kami kesihatan yang baik untuk terus berusaha dan berikhtiar memberikan yang terbaik untuk anak. Mendidik anak-anak menjadi anak yang soleh. Amin amin amin Ya Robbal Alamin.

Ya hidup ini pinjaman. Selagi ada peluang untuk berbuat kebaikan buatlah. Jangan kita sakitkan hati sesiapa pun kerana apa yang kita miliki hari ni bukan untuk kita selamanya.

Tetapkan hati-hati kami untuk terus istiqamah dalam menuju ke syurgaMu ya Allah.

Ya, memang bukan senang kita nak puaskan hati semua orang. Namun kita buatlah apa yang Allah suka. Tak semua akan setuju dengan apa yang kita lakukan namun berusaha dan berikhtiarlah dengan penuh yakin yang Allah akan bantu kita.

Perjalanan untuk menuju ke syurga bukan percuma. Namun janji Allah itu pasti. Bila kita buat apa yang Allah suka, Allah sayangkan hambanya.




4 comments:

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke Blog Kak Feni. Sila tinggalkan komen untuk Kak Feni kunjung ke blog anda kembali. Thanks !

Powered by Blogger.