Penting Untuk Sediakan "List Things To Do" Untuk Mudahkan Aktiviti Harian

Wednesday, September 11, 2019

Sebenarnya dah lama Kak Feni buat benda ni untuk memudahkan kerja-kerja harian yang boleh dikatakan agak sibuk dengan tugas seharian. Bila ada kawan tanya macam mana nak uruskan masa supaya nampak tenang dan tak stress.

Kak Feni share macam mana nak buat list ikut urutan.

1. Penting & Segera.
2. Penting tapi tak segera.
3. Perlu buat.
4. Tak segera.

Bila kita dah senaraikan segala tugas yang kita perlu buat hari ni. Jadi kita takkan buang masa macam tu sahaja. Setiap saat yang berlaku itu ada nilainya. Bagi orang yang bekerja dan buat bisnes online macam Kak Feni ni.

Banyak benda yang kita kena belajar untuk menambah nilai dalam kehidupan kita sendiri.

Buat ikut kemampuan diri dan push diri untuk mencapai kejayaan. Kalau kita tak push diri kita siapa lagi yang nak tolong kita.

Sediakan juga "Sticky Notes" untuk memudahkan kita ingat apa yang perlu kita buat dalam sehari. Macam Kak Feni yang selalu menjadi pembantu boss, dia minta untuk remind apa-apa. Kita tulis nota guna sticky notes ni dan tampal pada tempat yang mudah nampak macam dalam photo di bawah.


Biar kita buat kerja kita nampak lebih kemas dan tersusun. Do the things right. Ewah !

Tu jela kot sedikit tips dari diri sendiri untuk memudahkan perjalanan aktiviti hidup seharian tak kira di pejabat mahupun di rumah. Tips ini juga berguna untuk surirumah yang kadang-kadang blur tak tahu nak mula dengan buat apa pada pagi hari hingga malam hari.

Kak Feni pun kadang-kadang bingung bila hujung minggu bermula. Nak basuh kain, nak sidai, nak lipat, nak masak, nak sapu sampah, nak mop lantai, sapu sawang, ehhh boleh jadi bingung tak tahu nak mula yang mana. Bila kita dah buat list ni. Kita akan rasa puas bila setiap kerja kita yang siap, kita tandakan dengan "DONE". 

Ianya boleh dijadikan terapi untuk diri sendiri. Hilang stress dan hidup jadi lebih indah dan bahagia. 

2 comments:

  1. betul ammi pun buat TO-DO LIST kat office. Bukan daily lists...ammi akan add on je dan strike mana yang dah buat. Supaya
    1. Tak lupa apa yang kita kena dan dah buat
    2. Pastikan kita betul-betul2 buat.
    3. Supaya lebih terancang kerja kita

    ReplyDelete
  2. betul tu... kene ada list, kalau tak nnti ada yg tertinggal susah jugak

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke Blog Kak Feni. Sila tinggalkan komen untuk Kak Feni kunjung ke blog anda kembali. Thanks !

Powered by Blogger.