Suplemen Yang Membantu Meningkatkan Imun Badan Semasa Musim Jerebu

Monday, September 23, 2019
Umum semua tahu sekarang ni negara sedang mengalami masalah jerebu yang telah mencecah paras bahaya. Banyak sekolah telah ditutup untuk mengelakkan penyakit di kalangan murid sekolah.

Jerebu

Apakah Jerebu?

Jerebu ialah satu fenomena yang disebabkan oleh kewujudan banyak partikel-partikel kecil yang tidak boleh dilihat oleh mata kasar dan terapung-apung di udara. Partikel-partikel ini mungkin berasal secara semula jadi ataupun kesan sampingan daripada aktiviti manusia. Apabila partikel-partikel ini wujud dalam kuantiti yang banyak dan berkelompok ianya boleh menyekat pancaran cahaya matahari ke bumi. Oleh yang demikian keadaan ini mengurangkan jarak pandangan mata kasar.

Punca - Punca Jerebu
Punca utama jerebu adalah akibat daripada :
Pembakaran Secara Terbuka
Asap Dari Kilang
Asap Dari Kenderaan

HINDARI DARIPADA PERBUATAN YANG BOLEH MENYEBABKAN JEREBU.


Indeks Pencemaran Udara (IPU)
IPU diperolehi daripada pengukuran habuk yang halus (10 mikron ke bawah) dan beberapa jenis gas yang boleh menjejaskan kesihatan iaitu karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida dan ozon. IPU digunakan sebagai panduan untuk mengetahui kualiti udara dan kesannya terhadap kesihatan seperti berikut :-

Nilai IPUStatus
0 - 50
Baik
51 - 100
Sederhana
101 - 200
Tidak Sihat
201 - 300
Sangat Tidak Sihat
301 - 500
Berbahaya

Anda perlu mengikuti perkembangan semasa melalui media massa (akhbar, televisyen dan radio) untuk mengetahui tahap jerebu semasa di tempat anda supaya dapat mengambil langkah - Iangkah pencegahan.

JEREBU MENGANCAM KESIHATAN ANDA

Keadaan jerebu yang berterusan akan mendatangkan kesan yang buruk kepada semua orang terutama golongan yang berisiko tinggi iaitu :-
Kanak-kanak
Orang tua
Mereka yang mengalami penyakit
• asma
• bronkitis
• radang paru-paru
• penyakit paru-paru yang kronik
• jantung
• alahan
Perokok
Mereka yang sentiasa bekerja di luar pejabat atau rumah.

Apakah Tanda dan Gejala Kesan Jerebu Kepada Kesihatan
Kesan-kesan yang akan dialami setelah terdedah secara berterusan kepada jerebu termasuklah:

• Terasa gatal-gatal di bahagian kerongkong dan batuk-batuk.
• Terasa sukar untuk bernafas atau sesak nafas.
• Mata terasa pedih dan berair.
• Hidung berair dan kerap bersin.
• Kulit badan terasa gatal-gatal.
• Terasa sakit dada.


Dapatkan rawatan dan nasihat doktor di klinik berhampiran sekiranya anda mempunyai tanda-tanda dan gejala tersebut.


CEGAHLAH PENYAKIT AKIBAT JEREBU. IKUTI NASIHAT BERIKUT:-

  • Mereka yang mengalami penyakit-penyakit seperti batuk, selesema, asma, sakit mata, sakit jantung atau penyakit paru-paru yang kronik hendaklah datang ke klinik dengan segera jika keadaan penyakit bertambah buruk.
  • Mereka yang di dalam kumpulan berisiko tinggi hendaklah sentiasa mengambil ubat seperti yang dinasihatkan.
  • Penutup hidung dan mulut ( mask) hendaklah digunakan oleh semua penunggang motosikal, mereka yang bekerja di luar bangunan atau di tempat-tempat yang berhabuk dan juga mereka yang dikenalpasti sebagai kumpulan berisiko tinggi.
  • Sejauh yang boleh, orang ramai dinasihatkan supaya tinggal di dalam bangunan atau rumah.
  • Kurangkan aktiviti-aktiviti di luar rumah seperti sukan.
  • Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa membasuh muka dan bahagian kulit yang terdedah kepada jerebu dengan air bersih.
  • Gunakan kemudahan hawa dingin sekiranya menaiki kenderaan anda.
  • Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa meminum air yang banyak ( sekurang-kurangnya 8 gelas sehari)
  • Sekiranya keadaan jerebu berterusan pada tahap berbahaya ,mereka yang berisiko tinggi dinasihatkan keluar dari kawasan tersebut.
Sumber : JEREBU

Cadangan Suplemen Yang Membantu Menguatkan Sistem Imun



1. Nutriferon

AKTIFKAN PERLINDUNGAN ANDA

NutriFeron® Granules mengandungi campuran proprietari empat ekstrak tumbuhan yang diperoleh daripada biji labu, bunga safflower, biji plantago dan bunga Japanese honeysuckle.

✓ Untuk menjaga sistem pertahanan badan anda agar sentiasa berada dalam keadaan baik, selamat dan berfungsi secara semulajadi.
✓ Memberi anda pertahanan yang lebih kuat dan kesihatan yang lebih baik.
✓ Dibangunkan oleh ahli imunologi terkenal dunia– Dr Yasuhiko Kojima, selepas kajian selama 40 tahun.
✓ Formulasi dipaten, hanya boleh didapati secara eksklusif di Shaklee

2. Chewable C-Plus

✿ Menyokong sistem pertahanan semulajadi anti-oksidan tubuh
✿ Membantu menyokong intergriti sel-sel
✿ Menggalakkan kesihatan mata, gigi, tulang-tulang gusi, otot-otot dan salur darah
✿ Tidak mengandungi sebarang pewarna, perasa, pemanis atau bahan pengawet tambahan

3. Sustained Vita-C Plus

✿ Membentuk Kolagen
✿ Mempertingkatkan Simptom Pendarahan
✿ Peningkatan Sistem Imun
✿ Memerangi Kanser
✿ Mencantikkan Kulit
✿ Memperbaiki Insomnia
✿ Mengekalkan Kolestrol Sihat

4. Vivix

Suplemen terbaik Shaklee yang membantu dalam memanjangkan sel-sel untuk hidup lebih sihat.

5. Omega Guard


EPA dan DHA berfungsi untuk mengurangkan keradangan dengan mengurangkan pengeluaran enzim yang menghakis rawan dan menyebabkan sakit sendi.

Omega 3 juga memainkan peranan penting dalam :-
i. Mengekalkan ketumpatan mineral tulang.
ii. Menggalakkan pergerakan sendi, fleksibiliti, mengurangkan kekejangan, bengkak dan kesakitan.
iii. Mengurangkan keradangan - menyekat keradangan dan kemusnahan sendi - yang kerap berlaku dalam artritis.
iv. Bertindak sebagai pelincir untuk membolehkan sendi-sendi yang berkeriut serta sakit bergerak dengan lancar.



Lindungi anak-anak kita dengan memberikan vitamin atau suplemen yang membantu menguatkan sistem imun bagi menentang virus. Jerebu membawa pelbagai penyakit dan masalah kesihatan.





 September 2019 adalah bulan Promosi Nutriferon. Jadi jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan Nutriferon dengan harga yang lebih jimat.



Jangan lepaskan peluang ini dan hubungi Kak Feni untuk membuat pesanan.

Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com

1 comment:

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke Blog Kak Feni. Sila tinggalkan komen untuk Kak Feni kunjung ke blog anda kembali. Thanks !

Powered by Blogger.