Bila Seller Shopee Buat Hal - Ku Order Lain, Lain Yang Sampai - PKP Day 25

Saturday, April 11, 2020
Musim PKP ni macam-macam hal. Hari tu order periuk steamer untuk customer di Shopee. 2 periuk steamr tapi yang sampainya 2 power bank. Aduii pening juga fikir. Cuba contact seller untuk dapatkan kepastian kot-kot dia tersalah hantar ke  macam macam. Dari 7 hb Kak feni mesej dia guna chat yang ada di shopee tu. Sampai hari ni dia tak reply makanya terpaksa buat bad review lah.

Boleh saja nak minta refund tapi malas nak keluar pergi post balik benda tu. Terima jela powerbank tu. 



Kak Feni kalau boleh keluar boleh jer pergi HKL tu uruskan pos. Masalahnya ni tak boleh keluar. 

Hari ni kita buat bad review bukan nak jatuhkan sape-sape sebab kak feni pun seller juga. Kalau dia reply bagitahu masalah apa kita pun sejuk hati. Benda boleh settle. Bila Kak Feni post di fb pasal ni ramai yang suruh refund tapi refund pun kena ada term & conditionnya. Kita kena return balik barang kepada seller. Musim PKP ni nak keluar return kan masalah. Orang order online sebab taknak keluar. Haduiii.

Kalau order untuk diri sendiri takpe juga. Ni order untuk orang lain. Yang terima tu bukan tahu kadang-kadang orang tua. Mana lah reti nak bungkus dan pos balik. 

Haishh macam ni lah nasib personal shoper macam Kak Feni ni. Kadang-kadang nak dapat satu-satu job pun susah. Untung pun bukan banyak. Tapi masalah yang banyak kena hadap. Takpelah dah rezeki kita macam ni kan. Musim PKP ni kena banyak sabar sebab Allah sayang. InshaAllah.

Tak pernah kena lagi macam ni. Selalu tengok orang lain yang kena, kali ni kita yang kena. Haha sabar jela.


6 comments:

  1. Kalau Mrs. A pun sama kot geram ialah kita dah cuba message banyak kali, tak layan pulak.
    Order steamer dapat power bank jauh sangat perbezaannya tu bagai langit dengan bumi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah. Masa mula customer Kak feni wasap betul ke barang sampai ni ? Kak Feni suruh buka. Bila buka alahaiii bodonyee. Mesej tak reply tu yang tak boleh blah.

      Delete
  2. Kalau saya mesti dah opening sebab untuk orang lain.
    Harap diberi kesabaran tinggi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hilang sabar sampai buat bad review untuk seller ni. Kita order lain brg lain sampai. Bada review supaya orang lain tak kena nasib macam kita. Gituu.

      Delete
  3. Hampeb betul, akak dulu penah beli kt lazada, brg tu dia dah return semula kat company sbb lambat ambik, bila kita mintak refund kt lazada kata tunggu 2minggu... tu ggu2 sekali nampak kt status barang tu dah delivered... pastu sampai sudah xdpt duit, menipu punya lazada trs akak haramkan beli kt lazada lg

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lazada dah lama tak shopping kak. Ni pun order untuk customer. Ikutkan boleh return dan minta refund dengan shopee. Ni kita dalam PKP tak boleh nak berarak atas jalan raya tak pasal polis tangkap. Denda RM10k sebab berkeliaran alasan bodo nak return barang harga RM35. Hahaha

      Delete

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke Blog Kak Feni. Sila tinggalkan komen untuk Kak Feni kunjung ke blog anda kembali. Thanks !

Powered by Blogger.