Briefing FireDrill 2019 - Plaza Permata Kuala Lumpur

Thursday, October 31, 2019

Today briefing firedrill. Macam biasa setelah bertahun naik pangkat Chief Floor. Haha bukan nak bangga pun jadi Chief Floor ni sebab dah takde orang nak jadi aku kenalah amik tugas ni. Alah bukan susah pun. Pergi dengar pegawai bomba cakap-cakap lepas tu balik opis. Senang je tak susah pun.

Walaupun hakikatnya banyak kerja di pejabat. Tinggal sekejap bolehlah kan. Aku pun dah lupa tentang briefing ni pagi ni. Haha nasib baik mama (hr tempat aku kerja) bagitahu hari ni jangan lupa ada meeting pukul 10. Aku yang pada mulanya konon taknak makan sarapan nak makan tengahari, cepat-cepat aku makan nasi berlauk yang aku beli pagi tadi. Kot-kot sibuk di tengahari sekurang-kurangnya perut aku dah terisi dan tak lapar.

Tahu jelah aku kan, boleh datang murung kalau kerja dalam keadaan perut yang lapar. Hanya aku tahu keadaan diri aku. Kebetulan pulak hari ni macam ada banyak meeting je sebab semua bos masuk awal.

Majlis briefing ni selesai dalam pukul 12.15 tengahari. Jadi aku boleh masuk opis dengan seronoknya untuk setelkan kerja-kerja opis yang banyak tak setel lagi.

Start 2015 aku dah jadi Chief Floor. Macam-macam perkara dah jadi. Yang seronoknya bila hari fire drill ialah sibuk dok berkumpul di bawah. Kerja kena tinggal sekejap dalam setengah hari. Bila dah setel baru boleh naik opis. Aku pulak lepas firedrill kena masuk meeting dengan pihak pengurusan bangunan. Bincang apa yang patut. Yang kurang kena tambah baik. Maklumlah bangunan dah lama, sama umur dengan umur aku dah bangunan ni.

Aku suka kerja sini sebab dekat dengan tempat kerja suamiku. Datang dan balik kerja sekali naik motor. Kalau drive bawak kereta tak tahu pukul berapa nak sampai rumah. Sampai rumah anak-anak dah tidur. Masa dengan anak-anak pun kurang. Harapnya rezeki aku sebagai pekerja disini berpanjanganlah.



2 comments:

  1. kalau firedrill sampai setengah hari ya, lama tu

    berapa tingkat ye plaza tu? nampak tinggi tuh...
    yelah banyak kerja kene buat, jadi chief floor banyak tanggungjawab...
    nasibla dah makan awal, kalau tak naya je briefing abis kul 12 lebih mesti kelaparan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada 23 level kat sini. Kak Feni di tengah-tengah. Kalau turun tangga 2 minggu baru hilang sakit betis dan peha. Huhu

      Delete

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke Blog Kak Feni. Sila tinggalkan komen untuk Kak Feni kunjung ke blog anda kembali. Thanks !

Powered by Blogger.