Jalan-jalan Di Pantai Morib - Banting Selangor

Thursday, October 24, 2019
Bila dah start menulis cerita jalan-jalan ni banyak lah kisah berjalannya.

Ahad lepas kami sekeluarga melawat sepupu abah di Dengkil, Selangor. Bila dah sampai sana kami pun lajak lah sikit terus ke Pantai Morib. Bawa anak-anak berjalan dan kami yang tua bangka ni pun tumpang seronok jugak. Biasalah tu kan ?



Alhamdulillah hari yang kami pergi ni cuacanya sangat cantik dan redup. Nak kata panas sangat sampai terik tu tak. Jadi kami bolehlah jalan-jalan dan santai-santai di tepi pantai. Beli makanan ringan macam goreng pisang, apam balik dan minuman untuk bekalan lepak santai. Berkelah tepi pantai lah kononnya.

Anak-anak dah teruja dari awal lagi. Sibuk tanya boleh mandi tak ummi ? Ummi cakap sini tak boleh mandi, boleh tengok laut jer. Lagipun baju tak bawa. Hahaha memang tempat ni bukan tempat mandi. tempat nak lepak dan makan-makan boleh lah.




Macam biasalah kami, kalau berjalan dan tak bergambar kenangan memang tak sah. Mesti nak jugak snap-snap gambar untuk kenangan. Maklumlah mana pernah sampai. Fisrt time sampai sini.

Mula-mula sampai dah nampak orang naik kuda. Anak-anak biasalah teruja nak naik tapi ummi tak bagi sebab kesian dekat kuda tu. Kak Feni tengok ada orang yang berbadan besar naik kuda kecik sampai terjelir-jelir lidah dia keluar. Haishhh tak sampai hati nak tengok. Eh sejak bila aku jadi pencinta haiwan ni ?

Kami teruskan berjalan dan cari pondok yang sesuai untuk lepak santai. Ewah !



Adalah satu pondok yang kosong, kebetulan acik yang duduk situ dah nak balik. Dia pun panggil kami suruh duduk situ. Kami main terjah apa pun tak bawak. Melenggang Cik Kiah macam biasa. Kami lepak sini tak lama. Dalam sejam macam tu lah layan anak-anak nak naik basikal moto tu. Ummi yang over sebenarnya. RM20 untuk 20 minit harga sewa motor. Jadi untuk sekelian makhluk manusia, nak berjalan spare-spare lah duit sepatutnya. 

Adik sibuk nak naik kuda dan Kak Feni sempat lah tanya budak yang bawa kuda tu harga berapa ? Sambil-sambil dia bawa orang tu dia cakap untuk kanak-kanak RM15, dewasa RM25. Ummi tak bagi sebab kesian dekat kuda tu. Kuda padi yang kecik tu. Haha sampai hari ni adik mengungkit nape ummi tak bagi dia naik kuda. Sabor jela dengan budak bertuah tu.


Best lepak sini sebab angin laut yang sejuk mendamaikan. Abahnya sampai terlena bila lepak di pondok ni. Suasana petang yang redup dan tak panas sungguh cantik. Pantai ni memang tak sesuai untuk mandi manda. Kak Feni nampak ramai juga orang yang turun untuk cari siput ke apa entah di dalam lumpur kat pantai tu.


Dalam perjalanan sebelum sampai Pantai Morib, Kak Feni nampak ada banyak homestay dan hotel-hotel bajet yang boleh kita tempah kalau nak bermalam. Jadi next time kalau ada rezeki boleh pergi berkelah lagi. InshaAllah kalau ada rezeki.

Nanti kita plan pulak nak gi mana lepas ni. Selalunya yang tak rancang tu yang jadinya. Haha bila dah plan ni macam-macam hal khenn? 



12 comments:

  1. rindu jugak pi ke pantai morib ni. hehe. tu pun sebab ada kursus. tak tau lah bila plak dapat nak ke sana. hehhehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan mesti ada sebab baru boleh jalan. Kalau saja-saja tu susah sangat nak dapat jalan.

      Delete
  2. kampung ammi ni.. dulu2 masa kecik kitorang mandi je sbb masa tu tak dipasang tembok batu tu lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seronoknya ammi. Kami masa kecik duduk kampung jauh dengan pantai. Kalau ada sedara mara bawa pergi jalan di pantai, seronoknya tuhan je yang tahu.

      Delete
  3. Dulu family jarang-jarang dapat pergi pantai . Time ada rombongan atau family outing ke pantai baru la merasa nak mandi pantai . Tapi sekarang sejak saya menyewa rumah dekat kuantan dan jarak rumah nak pergi pantai dalam 5 - 10 minit , memang seronok la diorang .

    Anak buah paling excited , selalu nak datang rumah saya sebab motif nak mandi pantai dan main pasir pantai je . Mak ayah pulak seronok datang pergi borong ikan dekat jeti waktu subuh .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann. kak Feni masa kecik macam tu lah. Anak-anak kak feni pulak sekarang ni. kalau ada masa cuti ajak pergi rumah Achik Manjung dia sebab sana boleh mandi pantai. Boleh terus pergi Pulau Pangkor naik bot. Selalunya cuti Raya Cina baru pergi Manjung sebab nak mandi pantai. Sama pulak kisah kita ye.

      Delete
  4. Lama tak datang pantai morib ni. last entah tahun bila pun tak tahu. dok lepak kat tembok pantai tu. skang dah macam macam yang baru

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Feni suka pantai ni walaupun tak boleh mandi. Tempat ni cantik macam terjaga gitu. Rumput tak panjang dan sampah sarap pun tak bersepah. Ramai pelancong tempatan dan luar negara datang sini masa Kak Feni pergi.

      Delete
  5. Tak pernah pegi lagi Pantai Morib ni.. teringin jg nak jejak kaki ke sini.. seronok bila pegi bersama anak2 & family..bonding time..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah ada masa, adaa rezeki sampai nanti. Kami pun alang-alang dah dekat tu pergilah jalan.

      Delete

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke Blog Kak Feni. Sila tinggalkan komen untuk Kak Feni kunjung ke blog anda kembali. Thanks !

Powered by Blogger.