Jalan-Jalan Ikut Anak Tabika Ke Zoo Sunway & Kilang Coklat Beryl's

Wednesday, October 23, 2019
Semalam Kak Feni ikut Adik Rayyan pergi lawatan sekolah Tabika Kemas ke Zoo Sunway dan Kilang Coklat di Balakong. Bukan saja anak-anak yang seronok, mak-mak yang join ikut pun seronok sekali. Kak Feni dah apply leave lama dah sebelum tu sebab lawatan kali ni pada hari kerja.


Ummi dengan Adik Rayyan dah sampai awal kat tempat berkumpul untuk naik bas. Semangat sangat nak pergi lawatan.

Adik tak pernah ikut lawatan sekolah. Ummi tak harap sangat macam abang Aus dulu. Abang dulu, ummi lepaskan dengan cikgu jer sebab ummi tak banyak cuti. Abang ikut jer cikgu. Yang adik ni ummi tak harap sangat sebab memang dia tak tahu apa-apa. Nak pergi tandas ke nak makan pun tak pandai. Haiii baiklah ummi ikut.

Kami tiba di zoo Sunway pada pukul 9.30 pagi.





Biasalah kalau dah pergi rombongan dengan anak-anak ni memang kena jaga keselamatan anak. Guru, mak-mak dan penjaga kena sentiasa berjaga-jaga sebab macam-macam boleh berlaku. Kena utamakan keselamatan.

Kami beratur untuk masuk ke dalam zoo. Kena pakai tiket dulu sebelum masuk.



Anak-anak seronok dan teruja sangat bila dapat masuk sini. 




Kami tengok banyak haiwan kat sini. Yang best bila ikut rombongan anak-anak ni, akan ada renjer yang akan bawa pergi kepada setiap haiwan yang ada. Bila dah sampai tempat haiwan ini akan diberi penerangan tentang haiwan tersebut. Kalau kita pergi sendiri kena explore sendiri dan belajar sendiri.

Kami keluar dari zoo Sunway dalam pukul 12.30 untuk makan tengahari di KFC yang dijadualkan. 


Lepas makan kami meneruskan lagi perjalanan ke kilang coklat Beryl's di Balakong. Oh ya Zoo Sunway tu di Sunway Pyramid sekali dengan Sunway Lagoon.






Ini adalah lokasi terakhir kami untuk lawatan kali ni.

Masuk kilang coklat, kita tambah ilmu mengenai coklat. Jangan tahu makan je. Hihi.
Terdapat 3 jenis coklat iaitu coklat susu, coklat putih dan coklat hitam. Yang paling sedap coklat susu, dan coklat yang sihat ialah coklat hitam. Ikut selera masing-masing yang mana nak sedap.

Sebelum balik kena shopping coklat dulu untuk guru-guru dan ibu/penjaga yang nak memborong coklat.


Di kilang ni, anak-anak dapat merasa coklat percuma. Kak Feni nampak ramai anak-anak dari sekolah lain yang datang untuk melawat kilang coklat hari ni. 

Kami bertolak pulang pukul 4.00 petang dan sampai di tempat berkumpul pukul 4.30 petang.



8 comments:

  1. Sama-sama gembira ...alhamdulillah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah PC. Mak dgn anak sama nai seronok.

      Delete
  2. Seronoknya ada lawatan ke Kilang coklat. memang memborong coklat lah sebelum balik :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah borong jugak la sikit2 coklat buat rasa.

      Delete
  3. menariknya, acik pun tak pernah sampai zoo tu tau,kilang beryls tu pun niat je tapi tak pernah sampai2... best betul lah

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi kami yang duduk dekat pon tak tahu ada kilang kat situ. Lepas ni boleh pi borong lagilah kalau ada event apa-apa.

      Delete
  4. setakat ni tadika anak2 ammi takde yg parents boleh ikut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh ya ke ? Tabika kemas anak Kak Feni memang digalakkan ibu bapa atau penjaga ikut untuk lebih selamat.

      Delete

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke Blog Kak Feni. Sila tinggalkan komen untuk Kak Feni kunjung ke blog anda kembali. Thanks !

Powered by Blogger.