Jalan-jalan Mandi Manda Di Kolam Renang Presint 16 Putrajaya

Tuesday, October 29, 2019
Semalam cuti sempena Deepavali. Abahnya macam biasa kena kerja dan kami apa lagi berjalan dengan orang yang dapat cuti. Hehe

Ayah Chik dengan Cik Ina datang ambil kami bawa pergi jalan-jalan. Seronok sangat adik. Bangun pagi dah tanya bila Abang Afan nak datang ? Ummi cakap tunggulah Abang Afan call. Nanti kita siap-siaplah.

Tak lama lepas tu dapat call suruh siap-siap. Haha apa lagi terus mandi dan bersiap untuk pergi jalan-jalan. Motif utama nak mandi kolam.



Tak lama lepas tu Ayah Chik sampai. Terus gerak ke Putrajaya. Sebelum tu kami singgah makan tengahari di Nasi Dulang Daun Pisang Bangi. Kat sini Kak Feni suruh Ayah Chik (abang Kak Feni) ambik gambar, nye kate kedia "malu Kokre". Huhu jadinya takdelah gambar.

Masa kami pergi sini ramai betul orang beratur nak makan. Maklumlah cuti mesti ramai yang keluar jalan-jalan dengan family termasuklah kami.

Kak Feni dengan Cik Ina beratur panjang nak hantar order. Kat sini kena baratur untuk order dan terus bayar di kaunter. Hampir setengah jam jugaklah kami beratur tunggu nak sampai turn kami. Anak-anak biasalah dah yuya-yuya menjerit lapor. Lain kali kalau nak pergi kena pergi awal.

Kami pusing-pusing Putrajaya semalam sebab nak cari kolam mandi anak-anak. Kolam mandi pertama kami pergi tak boleh mandi sebab ada "construction". Adik dah frust dah siap marah-marah kenapa tak boleh mandi. Kami pergi satu lagi kolam yang ada foodcourt tu, Kat situ pun tutup juga. Sekali lagi adik frust dan muka dah start nak moody. Siap nak nangis dah. Ummi cakap sabarlah nanti kita cari kolam lain. Ayah Chik pun pusing-pusing lagi pergi Alamanda. The last one, kalau tak nak pergi cari kolam tak mana taktahu.

Kami sampai pukul 3 petang. Ngam-ngam kolam tutup dan akan dibuka semula pukul 5.00 petang. Sementara nak tunggu kolam buka semula pukul 5.00 petang. Cik Ina pergilah shopping barang dapur di Mydin.

4.30 petang kami sampai tempat mandi. Adik macam biasa tak sabar nak mandi kolam. Sementara nak tunggu buka tu kami solat asar siap-siap. Tepat pukul 5.00 kami dah masuk dalam kawasan kolam.





Seronok sangat dapat mandi kolam. Kat sini best sebab ada gelongsor. Sebelum ni pergi kolam yang takde gelongsor. Masing-masing nak naik gelongsor. Sejam setengah jugaklah berendam dalam air. Kebetulan cuaca semalam redup tak panas seronok sangat anak-anak main sampait kecut tangan.

Bila dah penat diorang sendiri yang naik nak mandi nak siap-siap sebab perut lapar. Lepas mandi air bersih di bilik air, pakai baju lawa-lawa terus gi makan di gerai makan di sekitar tempat tu. Kak Feni tengok seronok tempat ni sebab semua ada. Kolam mandi ada, tempat makan ada dan surau yang selesa untuk solat. Jadi semua dah ada tak perlu pergi jauh-jauh tinggalkan anak.

Lain kali ada rezeki boleh pergi lagi. Bawa anak-anak mandi kolam. Kalau nak pergi mandi sungai dengan keadaan cuaca sekarang ni memang kurang yakin. Dapat bawa mandi kolam macam ni pun dah okey. Bayaran tiket masuk hanya RM2.00 sahaja. Berbaloi sangat setakat nak happykan anak-anak tu kan.


2 comments:

  1. Budak budak seronok mandi kolam. Betul tu. Musim tengkujuh ni mandi kolam lebih selamat

    ReplyDelete
  2. Kann. Selamat lah sikit tapi tak boleh leka. Kena sentiasa pantau.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke Blog Kak Feni. Sila tinggalkan komen untuk Kak Feni kunjung ke blog anda kembali. Thanks !

Powered by Blogger.