Kejadian Hari Ni

Thursday, October 10, 2019
Okey hari ni kita tulis santai-santai je. Tak payah nak stress-stress nak ikut keyword bagai. Minggu ni agak penat agak letih dengan masalah peribadi dan juga masalah kerja. Alhamdulillah so far dah berlalu pun. Esok tak tahu apa nak jadi maka kita bersedia jelah.

Semalam satu hari kena dengan boss. Kisahnya ada surat saman sampai. Haha aku tak pernah handle pasal kes saman menyaman ni. Tak ada pengalaman. Jadi bila dah kena macam ni memang kena alert.

Gelabah bewak jugaklah semalam sampai mengigil lutut. Hahahhahaha ingat sekali lawak juga. Pengalaman dan pengajaran untuk aku yang dah buat silap sebab tak fotostate dan simpan yang original. Aku pass dekat boss. Tapi aku ada sebab kenapa aku tak fotostate, sebab dah banyak copy yang orang dah fax. Aku pun abaikan yang original. Haha lepas ni aku takkan bagi yang original dekat boss lagi. Biar dia ambil yang copy takpe sebabnya entah ke mana dia hilangkan dan aku pun minta maaf dan mengaku yang aku salah tak simpan dan fotostate yang original.

Okey pengalaman ni aku akan ingat sampai bila-bila. Nasib baik boss aku a.k.a my superior faham dan tak maki aku terok-terok. Kami sama-sama kena bambu dengan Big Boss. Haishhh nasib badan dan makanya bertabahlah kami bersama-sama.

Hari ni, sampai lagi satu surat saman untuk kes lain pulak. Nasib baik dah get ready. Prepare awal-awal sebelum kena bambu again. Haha hadoi buta hal betul lah. Lama dah tak se stress dan tertekan macam semalam. Ni dah timbul balik. Nasib badan.

2 3 hari ni banyak belajar benda baru. Tadi beli online di Shopee. Pastu salah alamat, google cara nak batalkan pesanan. Risau takut tak dapat balik duit. Burn macam tu jer, naya lah. Huhu. Google jumpa cara nak batalkan pesanan dan dia refund balik duit masukkan ke dalam Shopeepay. Alhamdulillah selamat semuanya. Kalau tak melayang duit ku.

Kita ni kalau tak cuba tak buat salah kita takkan tahu. Jadi jangan takut nak cuba.

Oh ya, pagi tadi pulak dapat wasap dari Kak, dia kata masuk duit dekat CDM, tapi CDM buat hal. Telan duit tapi resit keluar ERROR. Hadui gelabah bewak sekali lagi. Makanya, bersusah payah lah kembali untuk buat panggilan kepada customer service CIMB. Dan masa yang diambil untuk setel lebih setengah jam. Mujur masa tu tak bz tak tegang. Sempatlah aku setelkan hal CIMB ni.

Banyak benda berlaku hari ni.


Beli mop lantai je 3 batang untuk mek dan 2 orang kakak aku. Haha semuanya order guna mulut. Nak order sendiri tak reti. Sabor jelah.





6 comments:

  1. Pengalaman menjadi guru terbaik kan Kak...walau kadang tu pada permulaannya sakit dipendengaran dan sakit dihati..

    ReplyDelete
  2. Susah kerja ada boss ni ek
    Jadi boss ajelah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha tulah belum boleh jadi boss lagi. Jadi kuli dulu lah.

      Delete
  3. memang mencabar betul tuh... moga hari ini dan hari mendatang berjalan spt biasa je ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harap-harap macam tu lah. Kita ni kalau tak buat silap, tak kena marah, asyik leka je. Haha kena sekali br nak beringat.

      Delete

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke Blog Kak Feni. Sila tinggalkan komen untuk Kak Feni kunjung ke blog anda kembali. Thanks !

Powered by Blogger.