Kena Kecilkan Cycle Untuk Lebih Bahagia

Wednesday, October 02, 2019

Bersepah manusia macam ni. Yang sentiasa merasakan diri beliau sempurna. Rasa diri tersangat bagus dalam semua perkara. Hakikatnya HAMPEH !
.
NASIHAT ini untuk AKU.
.
KADANG-KADANG aku post pasal aku tapi ramai yang terasa. Ye mungkin ada juga tuju-tuju. Tapi itulah gunanya MEDIA SOSIAL. Untuk BersoSIAL bukan untuk SENTAP-SENTAP sendiri..
.
AKU pesan dekat diri AKU, kalau KAU nak TERASA, close sahaja segala akaun Media SoSIAL agar hidup KAU tenang dan BAHAGIA.
.
Hidup ini bukan nak cari salah siapa-siapa.


#kakfenistory




Aku copy dari ig aku transfer ke blog page aku dan seterusnya aku paste di sini.

Ya kadang-kadang bila kita cakap direct orang kata kita mulut longkang bau busuk. Bila kita cakap kias-kias dia tak paham bahasa dan paling best dia buat-buat tak paham. Sungguh bersepah sungguh manusia jenis ni kat dunia ni di masa ini.

Betul kena kecilkan cycle supaya hidup kita lebih tenang dan bahagia.

Aku tak tahu nak BERHUSNUZON macam mana lagi tak tahu. Tapi aku tetap juga fikir positif dan baik-baik agar yang datang kepada aku baik-baik saja.

Kita manusia memang tak sempurna. Tak sempurna itulah yang menjadikan hidup kita normal. 

Kau... okey akulah kan. Aku. 

Aku kalau nak hidup bahagia... Aku kena bersangka baik dengan semua benda.
Kalau aku itu ini, itu ini semua benda aku tak suka. Semua benda aku nak komplen. Tak jadi habuk apa pun untuk aku. Jadiii baik aku muhasabah diri apa yang tak kena dengan aku.

Allah hantar ujian untuk aku sebab aku kuat dan mampu. Allah hantarkan kau yang begitu begini supaya aku cermin diri aku. Tilik aku ni apa masalah dengan jiwa aku.

Supaya aku sentiasa bersyukur dan beringat. Dalam dunia ni tak semua manusia akan suka kita. Akan ada orang yang datang kepada kita semata-mata untuk menjatuhkan kita. Orang macam ni macam toksik yang akan meracuni diri kita. Jadi jauhkanlah diri.

Biarlah dia hidup dalam dunia dia. Yang kita boleh buat ialah berdoa agar diberi hidayah dan jangan ganggu kita lagi. Doakan juga lebih dari kita supaya dia tak menyusahkan kita.

11 comments:

  1. saya memang dah mengecilkan circle saya, kawan di opis adalah beberapa kerat, di masa lepas opis keluarga lah kawan baik saya... saya dah takde bff sebab sering dikecewakan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Kadang-kadang keluarga yang terbaik. Kawan pun cari yang betul-betul boleh susah senang dengan kita.

      Delete
  2. Kadang tujuh pada orang tu.. Orang tu buat tak tahu.. Eh orang lain hangat hati.. Macam-macam perangai manusia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann. Orang kita tuju tu tak terasa pun. Hahaha lawak juga memikir.

      Delete
  3. betul. saya pun sama. saya kecilkan circle saya dan menjadi orang yg garang sikit. bukan yang baikhati sangat mcm dulu. sbb kalau orng lain nampak kita lembik dan baik, diorang akan ambil kesempatan atas kebaikan kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sungguh kadang-kadang kena tegas juga dengan orang yang suka ambil kesempatan ni. Bukan nak tolong. Kalau nak downkan orang letak bawah kaki dia je.

      Delete
  4. medsoc saya sgt sendu..grup2 whatsapp kurang aktif kecuali benda penting, fb jrg buka, IG takde..

    kdg2 salah tafsir apa yg ditulis, maklumlah berkomunikasi tanpa suara..stay positive with positive people..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus begitu. Kadang-kadang media sosial ni untuk kita bersilaturahim yang baik-baik.

      Delete
  5. kadang2 berkawan dengan pokok2 dan haiwan2 kesayangan lagi mendamaikan hati.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul tu WP. Kawan dengan pokok dan haiwan lagi mendamaikan berbanding dengan manusia. Tak pernah buat kita kecewa.

      Delete

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke Blog Kak Feni. Sila tinggalkan komen untuk Kak Feni kunjung ke blog anda kembali. Thanks !

Powered by Blogger.