Kenapa Kita Perlu Ambil Vitamin/Suplemen Untuk Lebih Sihat dan Cergas ?

Tuesday, October 15, 2019
Kadang-kadang rutin harian yang sangat sibuk dan mencabar membuatkan kita kurang mendapatkan nutrisi yang seimbang. Macam Kak Feni ni, seorang isteri, ibu, anak, adik dan pekerja. Bila terlalu banyak beban di bahu rasa macam tak terdaya nak hadap. Tambah-tambah lagi dengan aktiviti yang padat.

Terpulang pada pendapat masing-masing. Bagi Kak Feni suplemen/vitamin ni sangat membantu.



Kenapa kita perlu ambil Vitamin / Suplemen ?


1. Kita sering terdedah dengan pencemaran alam sekitar dan radikal bebas yang boleh menjejaskan kesihatan.


* Macam Kak Feni sendiri. 5 hari seminggu ulang alik dari rumah ke pejabat dan pejabat ke rumah dengan motosikal bukan kereta. Hari-hari memang kena habuk dan debu. Kalau tengahari pula kena panas matahari. Masa  perjalanan pula dalam 45 minit hingga sejam. Bayangkan bagaimana kulit dan badan Kak Feni terdedah pada radikal bebas. Kalau kena hujan pula, kepala dan badan mesti sakit-sakit. Dulu selalu ambil ubat tahan sakit untuk kurangkan sakit. Sejak amalkan vitamin/suplemen ni dan jarang sangat ambil ubat tahan sakit.

2. Badan kita memerlukan dos yang lebih tinggi bagi sesetengah nutrien. Hakikatnya nutrien hanya boleh didapati dari pemakanan.


* Maklum saja makanan hari ni. Lebih banyak nak segera dan cepat. Terutama yang kerja macam Kak Feni. Keluar pagi balik malam. Kadang-kadang masa nak memasak/menyediakan makanan yang berkhasiat dan berkualiti tu sangat terhad. Jadi terpaksa beli je makanan di kedai takpun makan makanan segera. Paling best sekarang boleh order jer ONLINE.

3. Buah-buahan dan sayur-sayuran mungkin terjejas dan tercemar akibat racun serangga atau bahan kimia lain.


* Yang ni memang banyak didedahkan untuk kita. Kadang-kadang makan buah-buahan dan sayur-sayuran untuk lebih sihat tapi sebaliknya. Jadi macam mana nak dapat khasiat, Kak Feni pilih ambil suplemen.

4. Mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat seperti kurang bersenam atau bersukan atau merokok.


* Ini memang dah jadi tabiat kebanyakan orang kita termasuk Kak Feni. Bila dah banyak duduk di kerusi buat kerja mula malas nak bersenam dan bersukan. Gaya hidup yang tak sihat ni perlu diubah.

5. Rutin pemakanan kebanyakan manusia sekarang yang tidak hiraukan diet yang seimbang.


* Budaya orang kita yang suka makan sedap-sedap. Bermacam-macam jenis makanan yang timbul menggoda fikiran. Bila tengok orang makan cheese (keju) kita pun nak makan. Semua benda kita nak cuba.

6. Gangguan penyerapan nutrien dari makanan, akibat dari pengambilan kafein, gula dan garam berlebihan.


* Penyakit banyak berpunca dari makanan, jadi untuk lebih sihat lebih baik kita tukar makanan yang tak sihat kepada makanan yang seimbang. Pemakanan yang seimbang sangat bagus dibantu dengan pengambilan vitamin/suplemen meningkatkan lagi kualiti kesihatan.

7. Kehilangan nutrien dalam makanan terutamanya makan di kedai makan, restoran makanan segera kerana bahan masakan dimasak terlalu lama dan sebagainya.


* Sebaaiknya carilah makanan yang lebih sihat untuk menjaga kesihatan. Jaga makan untuk membantu meningkatkan kesihatan.

 

Pengalaman Kak Feni sendiri,


2 minggu sudah Kak Feni dan keluarga ada majlis konvo anak buah di Politeknik Behrang. Bila dah ada majlis macam ni dan semua ahli keluarga terlibat. Macam-macam agenda kami nak buat sama-sama.

Nak buat agenda yang macam-macam ni memang perlukan tenaga berpanjangan. Kak Feni ni pulak jenis yang cepat letih dan penat. Sakit kepala, angin segala bagai memang tak boleh lari. Jadi Kak Feni memang spare sebotol Ostematrix sebagai pengganti ubat tahan sakit.

Sebelum keluar, lepas breakfast hari konvo 5 haribulan Oktober 2019 Kak Feni telan siap-siap 2 tablet Ostematrix sebab mesti nak kena jalan jauh ni di majlis tu.

Bila dah sampai tempat majlis tu, parking memang jauh gila nak menapak. Siap majlis kami balik KL. Sampai di rumah pun dah senja nak masuk maghrib. Kalau tak larat macam mana nak hadap hari tu. Malam sebelum tidur telan lagi 2 biji ostematrix.

Esoknya 06/10/2019 - Bangun awal pagi untuk sediakan sarapan. Lepas sarapan kami terus ke Taman Botani Putrajaya bagi sesi fotoshoot jubah konvo (ewah). Masa ni Kak Feni ambil 2biji juga Ostematrix. Alhamdulillah perjalanan aktiviti fotoshoot gambar konvo di sini selesai dengan jayanya dan Kak Feni tak pancit. Haha

Lepas selesai sesi fotoshoot, kami pergi makan di Alamanda, Putrajaya. Masuk sini tak tawaf mall tak sah. Selesai makan dengan keluarga, kami ke Tanjung Malim untuk hantar kakak Kak Feni. Diorang parking kereta di Tanjung Malim. 

Lepas maghrib gerak balik Kuala Lumpur. Alhamdulillah hari berjalan dengan lancar dengan bantuan vitamin/suplemen yang Kak Feni ambil tu. (Semuanya dengan izin Allah).

Kak Feni rasa kalau tak ambil Ostematrix sebelum tu, belum tentu Kak Feni boleh jalan jauh direct seharian hari tu.

Oh ya tadi pun ada Kak Maria share pasal kenduri dia Sabtu lepas. Dia cakap "aku tak sempat makan pun lauk kenduri, penat dan tak lalu nak makan nasib baik pagi tu aku sarapan dan telan siap-siap multivitamin". Ha nampak tak disitu vitamin sangat membantu dalam meningkatkan kualiti hidup kita.

Kalau letih, lemau dan tak larat macam mana kita nak hadapi hari-hari kita yang padat dan penuh aktiviti ni?

Jadi ambillah suplemen yang sesuai untuk tubuh badan sendiri. Ia sangat membantu dalam meningkatkan kualiti kesihatan serta memberikan tenaga.

Bulan Oktober ni ada promosi OSTEMATRIX. Boleh order dengan menghubungi nombor di bawah.

Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com







4 comments:

  1. Betul tu.. kadang sesetengah suppliment sgt membantu agar kita lebih cergas.. tak mudah letih..

    ReplyDelete
  2. Utamakan kesihatan tubuh badan kita.
    Makanan tambahan memang perlu

    ReplyDelete
  3. menjaga kondisi tuubuh untuk tetap bugar

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke Blog Kak Feni. Sila tinggalkan komen untuk Kak Feni kunjung ke blog anda kembali. Thanks !

Powered by Blogger.