Apa Azam 2020 dan Apakah Azam 2019 Sudah tercapai ?

Thursday, November 07, 2019
Bismillahirahmanirahim. Tak lama lagi dah nak masuk tahun baru. lebih kurang sebulan lebih saja lagi. Dan 54 hari jer lagi bermula esok.

Dah siap ke azam 2020?


Aku belum siap lagi. Baru nak tulis. Hurm tarik nafas dan tulis jer apa yang aku nak.



Apakah Azam 2019 tercapai ?


Kebanyakan yang Kak Feni tulis tercapai.

1. Nak beli TV baru (harga RM2K lebih) - Alhamdulillah tercapai.
2. Belanja Raya 2019 (RM3,000.00) - alhamdulillah tercapai.
3. Rumah cantik - rak baju, rak tv, sofa - alhamdulillah tercapai, sofa tu jer Kakak Ipar bagi. 
4. Dapat Komisyen sebagai ejen travel melebihi 4 angka - alhamdulillah tercapai walaupun sekali hehe.
5. Setelkan hutang mesin basuh - done.
6. Pendapatan bisnes melebih 1k sebulan. - kadang-kadang dapat kadang-kadang tak.
7. Nak cuci gigi - setel.

Ada banyak lagi benda yang kak feni tulis tapi belum capai dan sedang nak capai. InshaAllah dengan izin Allah semuanya. Tak sia-sia kalau kita terus berusaha dan berdoa.

Dulu Kak Feni tak tahu pun nak tulis azam atau impian ni. Kalau tulis pun sekadar tulis. Tulis pun secara umum tak spesifik. Bila dah tahu tips nak tulis impian ni alhamdulillah banyak membantu.

Impian ni sebaiknya kita buat secara spesifik. Kalau ada gambar, print dan tampal di tempat yang senang kita nampak. Bila kita rasa nak give up ke kemurungan ke, boleh tengok balik impian yang kita tampal tu. Ini secara langsung menaikkan semangat kita untuk terus berusaha.

Kak Feni pun tak sempurna dan masih banyak yang perlu belajar. Nak share benda yang Kak Feni tahu tu inshaAllah boleh jer. 

Misi atau azam tahun depan banyak nak capai dan kalau boleh nak lebih baik dan lebih bagus dari tahun ni. Azam personal macam nak solat awal waktu, nak dhuha everyday, nak mengaji minimum 2 mukasurat sehari tu alhamdulilah dah semakin konsisten. Sebab tu kena tulis. Kena gunakan otak kita supaya sentiasa fokus dengan apa yang kita nak. Kalau kita tak fokus, kita akan membuang masa dengan perkara yang sia-sia.

Tahun ni, banyak kenangan manis untuk Kak Feni. Abang Aus masuk darjah satu. Adik Rayyan masuk tadika. Minggu depan Abang Aus layak masuk Khatam Iqra. Hanya 3 orang jer terpilih dalam kelas dia. Sebagai ummi, Kak Feni bangga dengan Abang Aus. Walaupun mula-mula dia taknak sekolah Agama. Dia buat perangai. Alhamdulillah sekarang dia dah seronok ke sekolah.

Kak Feni ada cerita di BILA ABANG AUS TAKNAK SEKOLAH.

Semoga tahun 2020 menjadi lebih indah untuk kita semua. Hidup lebih bermakna dan terus menjadi hamba Allah yang taat. Amin.


8 comments:

  1. Sha ada azam yang pending kena bawa ke tahun depan 😅.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terus berusaha. Jangan putus asa selagi kita hidup. InshaAllah pasti ada manisnya.

      Delete
  2. Mana yang dah terlaksana syukur sangat.Mana yang masih belum terlaksana..bawa ke depan.Selagi ada usaha inshaAllah bantuan Allah itu ada.

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah PC. Kadang-kadang rebah juga namun selagi ada daya kita usaha.

      Delete
  3. wahh bestnya tengok semua nya berjaya di capai, moga impian azam tahun depan semua dapat di capai seperti tahun ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak juga impian tahun ni yang masih belum capai. Kita bawa tahun depan, inshaAllah. Hihi

      Delete
  4. alhamdulillah tahniah feni. kak punya azam 2019 untuk hilangkan masalah obese dah setel. cuma nak ada rumah sendiri ja belum setel, haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. InshaAllah Kak, sikit jer lagi nak capai tu.

      Delete

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke Blog Kak Feni. Sila tinggalkan komen untuk Kak Feni kunjung ke blog anda kembali. Thanks !

Powered by Blogger.