Pengalaman Pertama Tengok Bola Secara Live Di Stadium Nasional Bukit Jalil

Wednesday, November 20, 2019
Semalam Kak Feni berpeluang untuk ke Stadium Nasional Bukit Jalil bagi menyaksikan perlawanan bola sepak antara Malaysia dan Indonesia untuk Kelayakan Piala Dunia 2022 & Piala Asia 2023.

Ya Allah this is my first time masuk stadium setelah berumur 33 tahun. Sebelum ni hanya tengok dekat tv jer. Kak feni ni tak minat sangat bola walaupun hakikatnya dikelilingi dengan semua orang yang minat bola.

Anak-anak sibuk nak ikut PakNgah dan PakSu dia pergi tengok bola. Angah dia pula kena outstation ke Johor. Jadi ummi memang takkan harapkan orang lain untuk jaga anak-anakku di tempat yang ramai orang macam tu. Macam-macam Kak Feni fikir. Allahuakbar mak-mak sangat kan.

Kak Feni minta untuk keluar awal dengan boss dan nasib baik boss bagi keizinan. Semangat nak tengok bola. Maklumlah tak pernah masuk stadium. Kak Feni naik LRT dari Titiwangsa terus ke SNBJ. Perjalanan dari sini ke sana mengambil masa sejam juga. Kak Feni naik dari Titiwangsa pukul 4.00 petang dan sampai ke sana dalam pukul 5.00 petang.

Sampai sana terus call husband dan lain-lain. Masalahnya line internet semua tak boleh nak go thru. Nasib baik boleh call tu pun putus-putus. Cakap yang tunggu dekat kaunter topup Touch & Go. Masa menunggu ni tengok keadaan sekeliling yang penuh dengan ramai manusia. Betul-betul meriah.

Banyak gerai dan orang persendirian sibuk berniaga. Kak Feni tengok macam-macam perniagaan kat sini. Ada terpekik terlolong berniaga untuk menjana pendapatan. Haha seronok. Baju dan makanan banyak dijual. Jadi tak perlu risau kalau takde jersi nak pakai. Bawa duit beli settle.








Sementara tunggu nak masuk stadium, kami lepak di sebelah busker layan lagu dulu. Anak-anak memang suka sangat sebab memang kami selalu bawa diorang pergi tengok busker ni. Nak masuk ke tempat duduk pun ada masa tak boleh main redah. Kebetulan pula tiket kami tempat duduknya sekali dengan Ultras Malaya jadi kami kena pergi dekat free seat. Diorang tak bagi masuk sebab kami bawa anak-anak. Haduii macam-macam hal. Bagus juga untuk keselamatan eloklah kami pergi tempat yang selamat.


Pergi tempat ni kalau tak shopping tak sah. Kami pun beli lah yang lilit kepala tu 2 RM5. Satu untuk abang Aus dan satu untuk Adik Rayyan.





Aiman dengan Muaz masuk dulu sebab nak tengok kat dalam. Kami tunggu tiket dari Paksu sebab tak semua tiket beli sekali. Nak dapat tiket melalui wasap pun susah. Takde line langsung kat sini sebab terlalu padat dengan manusia. Hurmm bagi yang suka havoc-havoc bolehlah selalu pergi. Kak Feni rasa "aku dah semakin tua". Haha

Sementara tunggu tu kami makan siap-siap di luar sebab tak boleh bawa makanan dari luar tapi Kak Feni tengok ada je yang selamber bawak. Bila dah ramai dah tak terkawal. Botol air, air tin, makanan, lighter dan rokok semua tak boleh bawa masuk tapi ada juga yang lepas.


Pengalaman bersesak nak masuk stadium takkan ku lupa. Bila sama pintu dengan Ultras Malaya. Orang muda remaja okey. Single okey. Bagi yang ada family macam Kak Feni ni hurmmm tarik nafas panjang-panjang.






Kami masuk awal jadi stadium masih banyak kosong. Alhamdulillah boleh duduk sekali 1 baris. Anak-anak paling seronok sebab boleh tengok bola secara live. Ummi pun sama setelah 33 tahun hidup baru first time masuk. Ummi orang susah nak, nak pergi tempat-tempat macam ni rasa macam tak perlu. Ni rezeki bila anak-anak nak pergi. Ummi pun tumpang sekali. Sebab tu rezeki ni sesuatu yang ajaib.




Kat dalam stadium ni kami hanya stay jer duduk setempat. Anak-anak ada juga minta nak makan nak minum. Bila tengok terlalu ramai orang dengan baju kuning baju Malaysia sama je nampak. Tak jadi nak pergi beli. Makan dan minum jela apa yang ada. Mujur Pakngahnya dah beli 3 bungkus roti kebab dan 2 air milo bungkus. Dalam tu kami dok makan minum tulah sikit sorang.

Beza sangat suasana tengok langsung dan tengok dalam tv. Kak Feni tak pandai nak ulas pasal bola sebab tak tahu pun. Dok meralit tengok budak-budak Ultras dok nyanyi-nyanyi buat sokongan. Apapun tahniah Harimau Malaya sebab menang 2-0 dengan Indonesia.

Ada juga lah nampak segelintir penyokong yang bersikap tidak profesional dengan membaling objek ke arah penyokong Indonesia dan Malaysia tapi tak berlarutan. Masih dalam keadaan terkawal. Ni lah salah satu sebab kenapa Kak Feni taknak bawa dan pergi ke stadium. Takut berlaku rusuhan dan sebagainya. Kita bawa anak-anak kecil jadi memang sangat risau tentang keselamatan diri dan anak-anak.

Kami keluar dari stadium pukul 11.30 malam. Terus beratur berarak untuk naik LRT. Mujur kami awal. Kami sampai rumah dalam pukul 12.30 pagi. Beli bungkus makanan dan terus balik. Esoknya kami kena masuk kerja. Rabak mata wei layan bola punya pasal.

Pengalaman pertama masuk stadium untuk kami semua. Hihi apa pengalaman korang ? Kalau sudi sharelah dengan Kak Feni di ruangan komen ye.


6 comments:

  1. Mesti meriah dengan jeritan memberi semangan untuk pasukan negara.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah semangat tengok live lain macam. Tibe-tibe jadi tahu pasal bola. #thiberrr.

      Delete
  2. sama macam pengalaman saya masa mula mula masuk stadium hehehe. makanan memang mahal, kualiti tak okey.
    tapi seronok boleh jerit puas puas dalam tu hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah bestnye boleh jerit kuat-kuat sampai hilang suara.

      Delete
  3. Belum pernah merasa dan mungkin tidak akan. Saya tak boleh masuk tempat yang ramai macam ni.. dia jadi semacam je rasa. penyakit kot .. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Feni pun tak pernah mimpi nak pergi masuk ni. Anak-anak punya pasal gagahkan juga.

      Delete

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke Blog Kak Feni. Sila tinggalkan komen untuk Kak Feni kunjung ke blog anda kembali. Thanks !

Powered by Blogger.