Terima Kasih Ya Allah

Friday, November 29, 2019
Hari ni rasa taktahu nak share pasal apa. Kita share pasal aib lah. Semoga Allah tutup aib kita.

Image may contain: 1 person, text

Bersihkan hati. Kita semua tak sempurna.

Kak Feni rasa macam dah buat semua untuk dapatkan apa yang Kak Feni nak. Namun hakikatnya bila fikir-fikir balik banyak lagi yang Kak Feni tak buat.

Bila fikir macam tu hati kembali tenang dan bersemangat.

Allah itu kalau dia nak bagi Dia bagi jer. Berbalik pada Allah.

Kak Feni ni jenis seorang yang clumsy sikit. Semua nak cepat. Kelam kabut nak cepat siap nak cepat setel. Haha runsing tak kena tempat. Bila dah semakin berumur ni. Banyak benda yang Kak Feni belajar.

Dulu sibuk nak kaya cepat. Nak duit banyak. Nak nampak gah dimata orang. Hurmmm dunia semua tu.

Bila kita tenang dan positif semua tu akan datang kepada kita.

Yakin 500% kepada Allah. 

Formulanya ialah YAKIN, YAKIN dan YAKIN.

Kak Feni pun banyak kekurangan dan terima dengan hati yang terbuka. Bila ada ahli keluarga, sahabat atau customer cerita masalah mereka. Kita kena bertenang dan bersabar. Allah hantar mereka bersebab.

Untuk menguji kita ni. Sabar ke tak.

Kadang-kadang kita ni tamak dan lupa diri. Allah dah bagi semua tapi kita ni rasa tak cukup. Tak cukup dan sentiasa dahagakan kekayaan. Allahuakbar.

Pernah tak, ada kawan atau sahabat yang mendatangi kita untuk meminta tolong ?

Mesti pernah. Kalau ada lapangkan hati. Mesti ada sesuatu Allah nak bagi ni. Sabar.

Bila kita permudahkan urusan orang lain, Allah permudahkan urusan kita.

Carilah hikmah disebalik ujian dan cabaran yang kita sedang lalui. InshaAllah hati tenang dan dipermudahkan segala urusan.

10 comments:

  1. Zaman yg penuh dgn fitnah dan aib...nauzubillah..tq kak feni share info 👍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah sama-sama kita ingat mengingat. Takde yang sempurna.

      Delete
  2. Jangan buka aib org. Nanti Allah akan tutup aib kita...

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah kita Abam Kie. Hidup ni penuh dengan pancaroba.

      Delete
  3. Bila kita yakin dan berserah kepada Allah. InshaAllah.. semua akan terletak kembali ke tempatnya 😊

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik.
    Terima kasih atas tulisan ini. Amat memotivasikan.
    Teringat pesanan murabbi ketika zaman belajar dahulu "Jgn tiada masa dengan Allah, nanti Allah tiada masa dengan kita..."
    Mudah2an rahmat-Nya sentiasa bersama kita semua!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam. Alhamdulillah. Kesihatan yang baik juga rezeki. Allah itu Maha Adil. Cuma kita yang selalu tak nampak nikmat dan rahmat yang Allah bagi.

      Delete
  5. Semoga kita selalu berada ditempat dengan penuh kebaikan dan kesehatan tentunya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah dengan izin Allah. Semoga kita sentiasa istiqamah.

      Delete

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke Blog Kak Feni. Sila tinggalkan komen untuk Kak Feni kunjung ke blog anda kembali. Thanks !

Powered by Blogger.