Bila Blogger Update Baru !

Tuesday, December 31, 2019
Sebenarnya semalam dah perasan bila buka blogger guna handphone. Eh dah baru macam mana nak update entry baru nih ? Maklumlah benda baru kan.

Hari ni buka guna pc.



Nampak macam ni. Hehe pastu cari macam mana nak buat new entry. Rupanya hanya klik je tempat warna oren lambang tambah tu. Benda baru kann. Agak jakun di situ.

Fb, ig segala media sosial banyak yang update jadi blogger pun taknak ketinggalan. Kalau asyik benda yang sama kena tinggal la. Hurmm macam tula kita ni. Kena ikut perkembangan namun bagi Kak Feni yang semakin hari semakin tua ni nak fokus satu satu benda pon pening. 😹


Ni pulak untuk pandangan entry yang kita tulis macam listing view gitu. Ikut suka hangpa lah nak tengok macam mana. Kak Feni suka dua-dua. Baru nak test tengok kan. Hahaha.

Masa mula-mula tulis blog dulu pernah juga cuba wordpress tapi tak lama. Lebih suka blogger sebab dia link terus dengan Google + masa tu, jadi bila dah siap publish terus boleh share dekat group Google +. Sekarang Google + dah takde kena lah bertabah tambah view sendiri.

Bagi Kak Feni takde cara lain. Guna cara manual dengan bertegur sapa dengan blogger lain di blog depa. Alhamdulillah semakin hari semakin bertambah view.

Semoga 2020 ni. Blog Kak Feni boleh jadi kedai maya Kak Feni yang mampu jana pendapatan lebih banyak lagi dari tahun 2019. InshaAllah.

11 comments:

  1. Wah! Dashboard blogger telah berubah ke? Nak gi check la.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jom jom Abam Kie. Teruja pulak tengok benda baru ni.

      Delete
  2. Yea kak.. Dah berubah.. Tp sy lg selesa guna laptop haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn. Sama ngan Kak Feni. Guna hp jadi jem gane taktahu.

      Delete
  3. Paparan dashboard blogger saya masih yang lama. Pernah tukar yang baru sekejap, tapi rasa tak ngam pula hehe. Jadinya masih kekal dengan paparan lama..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah nak kena ambil masa jugak nak apply benda baru ni kan.

      Delete
  4. Replies
    1. Nanti dia update tu. Benda baru kan. Haha kena belajar baru.

      Delete
  5. Sy cek td masih sama juga..pelik juga ye

    ReplyDelete
  6. Semoga terus aktif mengentri blog untuk tahun hadapan

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke Blog Kak Feni. Sila tinggalkan komen untuk Kak Feni kunjung ke blog anda kembali. Thanks !

Powered by Blogger.