Happy Birthday Adik Rayyan

Wednesday, December 04, 2019
Hari Ahad lepas Kak Feni adalah buat makan-makan sikit sempena Abang Aus nak khatan nanti. Cari-cari masa yang sesuai sebab ummi tak boleh cuti. Biasalah hujung tahun macam ni ramai yang cuti. Jadi kena gili-gilir jaga opis.

Kak Feni hanya boleh cuti minggu depan. dok plan-plan cari tarikh yang sesuai untuk buat makan. Adik beradik dengan saudara ramai. Jadi kena confirm betul-betul. Bila dah plan macam-macam hal jadi tapi jemputan dah jemput jadi kena buat juga lah. 

Tokmek dan ayahNgah takleh datang sebab takde orang nak ambil di kampung. Achik Manjung dan Pakcik Radhi pun tak datang sebab Achik kena pergi Brunei last minute. Ummi dah risau dah siapa nak tolong ummi masak. Maklumlah tak pernah buat kat rumah sendiri. Haha

Nasib baik CikNi datang dari Gerik. Tu pun dia baru balik dari Chiang Mai. Tukang masak import dari Perak.

Ummi dengan CikNi masak bihun sup, pulut kuning, ayam masak merah dan juga mee goreng je. Yang lain-lain tu semua mak-mak sedara dan adik beradik lain bawak. Alhamdulillah penuh meja dengan makanan. Opah buat puding kastard, nasi himpit dan kuah kacang.




 Kami buat majlis pada 01/12/2019 sehari sebelum birthday Adik Rayyan yang ke 5 tahun. Jadi Angahnya pun belilah sebiji kek untuk tiup lilin. Seronok sangatlah Adik Rayyan konon tu besday party dia. Haha buat sekalilah kongsi kek makan ramai-ramai.



Pulut kuning tu ummi dah rendam semalaman dengan serbuk kunyit. Resepi macam biasa kena google dulu. Tunggu CikNi sampai confirm tak sempat. Dia naik bas Sabtu malam jadi Ahad pagi baru sampai. Dia tidur kejap jer sebab takut tak sempat nak masak.

Bangun-bangun terus kena arung pulut dengan santan. Mujur menjadi dan sedap. Letak pulak telur yang kaler-kaler kat atas tu. Pulut kuning makan dengan sambal ayam. Mula nak buat rendang ayam. Pastu fikir-fikir tak reti dan ambil masa lama. Kita buat sambal ayam jela.

Majlis berlangsung lepas asar dimulai dengan bacaan doa selamat dan tahlil untuk arawah-arwah yang telah pergi. Alhamdulillah selesai dah majlis.

Kak Feni dan suami buat majlis kecil-kecil jer. Jemput adik beradik dan mak-mak saudara yang dekat jer. Untuk anak sulung nak bersunat kan. InshaAllah ada rezeki Adik Rayyan nak sunat nanti kita buat lagi.

Terima kasih kepada adik beradik yang banyak membantu datang kemas rumah. Tolong rewang walaupun hanya nak masak bihun sup. Mak-mak sedara yang bawa makanan sampai penuh meja. Hahaha tapi letihnya sampai hari ni tak hilang lagi.

InshaAllah malam 10/12/2019 ni, Abang Aus akan berkhatan di klinik. Harapnya semua baik-baik saja sebab masa tu abah kena outstation. Harapnya ummi kuat untuk jaga Abang Aus dalam pantang. InshaAllah.

Selamat hari lahir Adik. Semoga jadi anak yang soleh untuk ummi, abah dan abang. Semua orang sayang adik. Berjaya dunia dan akhirat. Doa ummi sentiasa mengiringi perjalanan anak-anak.

6 comments:

  1. Hb adik Rayyan, moga jadi anak yang soleh dan berjaya..
    sama nama dengan aiyan

    cantik kejadian pulut kuning tu... seronok la dia dapat sambut bday ramai2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Aunty Dana. Hehe sama pulak. Yang ni Yen kecik.

      Pulut kuning resepi google. Mujur menjadi. Alhamdulillah.

      Delete
  2. Baru nak tanya apa benda yang kaler-kaler atas pulut tu. Rupanya telur. Kreatif betul 😊.

    Btw, happy birthday adik rayyan 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat kelantan, pulut macam nilah kami buat kalau, ada majlis khatam al quran. Imbau kenangan lama sama.

      Delete
  3. gembira tul anak2 bila ada jamuan makan ni. kenangan yg x bisa dilupakan sampai bila2.

    ReplyDelete
  4. Hepi bday Rayyan. Moga menjadi anak soleh

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke Blog Kak Feni. Sila tinggalkan komen untuk Kak Feni kunjung ke blog anda kembali. Thanks !

Powered by Blogger.