Semoga 2020 Lebih Indah Lebih Bahagia

Monday, December 30, 2019
Wah lama jugak tak update blog ni ye. Kak Feni betul-betul sibuk dengan urusan rumah tangga. Abang Aus dengan Adik Rayyan nak sekolah. Harap-harapnya semua baik-baik saja.

Lega bila abah dah balik dan dapat tolong ummi buat kerja. Hilang rasa beban.

Bulan ni rezeki banyak masuk. Alhamdulillah Kak Feni kena buat akaun. Rezeki bisnes online ni tetap ada. Gaji hanya untuk setelkan komitmen bulan.

Akhir dan awal tahun ni biasalah nak guna duit yang banyak. Nak sediakan keperluan sekolah anak-anak. Banyak duit yang nak kena sediakan. Tarik nafas dan hembus. Doa semoga Allah permudahkan segala urusan.

Kak Feni sekarang ni rasa macam serabut je. Rasa stress dan cepat penat. Namun bila kita buat apa yang kita suka, inshaAllah hilang segala stress. Alhamdulillah Allah itu ada. Dia hantar ujian tu supaya kita sentiasa sabar dan meminta padaNya. Semua dari Dia.

Menulis di blog juga rezeki. Kadang-kadang Kak feni tak menulis di blog pon rasa stress. Stress pasal apa pun tak tahu.

2020 ni memang banyak cabaran.

Kak Feni ada juga listkan beberapa impian baru. Orang kata kena upgrade la dreams. InshaAllah semoga segala dream Kak Feni tercapai. Kita kalau bersyukur dengan benda yang kecil, inshaAllah kita akan lebih bersyukur dengan benda yang lebih besar. InshaAllah.

Kak Feni ni banyak sangat impian tapi bila stuck rasa macam taknak buat apa-apa. Down gila sampai rasa taknak jumpa orang. Rasa bodo dan taktahu nak habaq. Tapi mengenangkan hidup ini bukan untuk aku saja. Kena bangkit dan kuatkan semangat. Anak-anak dan keluarga masih perlukan aku. Kalau aku give up hari ini dengan hidup ini. Bagaimana aku nak bantu anak-anak dan keluarga aku.

Bermonolog sendiri dalam diam. Takde sapa nak tolong aku melainkan aku sendiri. Allah ada takpe.

Bercakap janganlah sombong dan takbur. InshaAllah yang datang semuanya baik-baik saja.


12 comments:

  1. Semoga dipermudahkan segala urusan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah sentiasa dikelilingi oleh orang-orang yang baik.

      Delete
  2. Insyaallah.. Amin.. Semoga dipermudahkan segala urusan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Ejulz. Kadang-kadang kena keluar juga dari cycle yang sama.

      Delete
  3. Mudah2an impian tahun 2020 nanti akan tercapai semuanya.
    Aamiin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah terima kasih WP. Amin. Mudahan hendaknya.

      Delete
  4. Assalamualaikum, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik.
    Saban tahun, cabarannya semakin berganda dalam menguruskan kehidupan. mudah-mudahan 2020 yang mendatang ini beroleh sukses dan keberkatan dlm kehidupan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam Abuikhwan. Alhamdulillah. Biasalah ujian tu mematangkan kita.

      Delete
  5. tulah, lama jugak tertunggu-tunggu entry baru tapi mungkin bizi cuti sekolah kan... apa pun moga segala impian di tahun 2020 akan tertunai dan di permudahkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harapnya macam tulah. InshaAllah semoga dipermudahkan urusan. Amin. Tq Dana. Nanti Kak Feni pergi melawat blog Dana.

      Delete
  6. Semoga impian 2020 akan tertunai dan dipermudahkan ye Kak Feny. Sha pun ada beberapa wishlist, tak tahu dari mana nak mula, tapi kita jalan je mana yang mampu. Semoga Allah permudahkan urusan kita semua :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin amin amin Ya Rabbal Alamin. Begitulah hendaknya.

      Delete

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke Blog Kak Feni. Sila tinggalkan komen untuk Kak Feni kunjung ke blog anda kembali. Thanks !

Powered by Blogger.