Dugaan Itu Tanda Allah Sayang !

Wednesday, January 08, 2020
Sedihnya hari ni. Tak tahu pasal apa. Mood swing betul dan sensitif. Mungkin faktor umur juga. Entahlah sebab tu orang kata susah jadi perempuan. Memang susah pun.

Berbalik pada Allah untuk hati lebih tenang.

Cakap memang senang kan. Bila tanggungjawab diabaikan. Pada siapa kita nak mengadu ?

Perempuan bila dah kahwin 100% bergantung dan berharap pada suami. Dapat pulak suami yang susah nak faham. Ajak berbincang pun macam nak ajak berperang. Last-last menangis dan makan hati sendiri.

Macam tu lah wanita. Nampak kuat nampak hebat hakikatnya hanya dia jer yang tahu. Bagaimana nak kawal emosi.

Sangat beruntung kalau dapat isteri yang tak meminta-minta. Boleh terima kau seadanya. Sanggup susah dan senang dengan kau. Tapi ingatlah jangan sampai isteri terasa jauh hati dan tawar hati.

Kau sebagai suami kalau tak pertahankan isteri sendiri siapa lagi.

Biarlahhh. Kadang-kadang biarlah kita betulkan diri kita sendiri dari sibuk nak betulkan orang lain. Lepas ni nak beli cermin besar nak cermin diri sendiri.

Dalam keluarga sendiri pon ada banyak kurangnya jadi tak payahlah kita nak sibuk nak bangga diri dengan kelebihan yang kita ada.

Aku tidak mengatakan yang aku bagus malah sangat banyak kekurangannya. Aku masih usaha untuk jadi insan yang baik. Allah masih menduga aku selagi aku hidup.

Alhamdulillah untuk nikmat ini. Ujian ini sebenarnya sangat kecil berbanding dengan ujian Allah kepada orang lain.

Cakap sabar tu senang tapi yang hadapnya itu payah. Takpelah biar masa je yang ubahnya. Cepatlah benda sedih ni pergi.

Btw hari ni Kak Feni sempat setelkan booking tiket ke Bali. Penat juga kejar tiket flight ni. Tambah-tambah Air-Asia. Lewat seminit nye buat jem terus naik harga.

Haiii takpelah berbalik pada rezeki. Semua ni rezeki. Allah kalau Dia nak bagi sekejap je Dia bagi.

Dia uji begini Dia bagi begitu.


3 comments:

  1. Moga Allah kuatkan kak feni ya, siapa jelah yang takde dugaan hidup. CUma terpulang pada kita cara nak hadapi cara nak redho... moga terus sabar ye kak Feni

    ReplyDelete
  2. Harap semua dipermudahkan. Setiap kesusahan ada kemudahan.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke Blog Kak Feni. Sila tinggalkan komen untuk Kak Feni kunjung ke blog anda kembali. Thanks !

Powered by Blogger.