Jalan-jalan Cari Makan Di Kampung Baru

Thursday, January 09, 2020
Tahun 2020 dah dapat dugaan baru untuk Kak Feni. Pagi ni dapat wasap dari tuan rumah yang Kak Feni sewa tu. Dia nak jual dah rumah tu. Balik ni nak bincang dengan husband. Mampu tak kami nak beli atau cari jer rumah sewa lain.

InshaAllah semoga dipermudahkan segala urusan. Dugaan datang dan pergi. Nak taknak kena hadap juga.

Pening kepala pula nak cari rumah sewa ni. Dahla sekarang ni susah nak dapat rumah sewa. Nak beli rumah pon harga bukannya murah. Nak beli pun kena beli yang betul-betul. Bukan boleh main hentam jer.

Permudahkanlah segalanya.

Baru setel hal anak sekolah. Yang ni pula datang.


Hidup perlu diteruskan !


Hari ni Nadia datang opis dan kami telah pergi menawaf Kampung Baru kononnya nak makan nasi ulam di MZ. Setelah sampai kedai tutup. Kau rasa ? Kecewanya hati ni. Dahla perut lapar. Kami pun merayaplah di sekitar itu untuk cari makan.


Berwefie dalam monorel. Menapak ke monorel Titiwangsa pun berpeluh ketiak. Namun nak berjalan dan makan sedap punya pasal tu gagahkan jugak. Ghitheww.



Jumpalah kedai makan nasi campur. Makanan biasa je. Sekali bayar rasa macam tak berbaloi. Mahal!

Ingatkan makan sekali dengan air rupanya asing. Memang aku takkan pergi dah kedai tu lepas ni. Confirm ! Haha tapi berbalik pada rezeki. Dah tu rezeki aku dan peniaga tu. Lainkali kita beringat.

Lepas makan kami mula menapak nak jalan-jalan di Chow Kit. Haha masa ni jalan tengah panas. haduii kepala mula sakit. Kami pergi Plaza GM. Konon nak ushar beg.

Sampai Plaza GM perut mula meragam. Buat hal betul tapi sempatlah window shopping. Ingatkan nak juga grab kerongsang yang banyak-banyak tu nak bagi sedekah dekat siapa-siapa kan. Nye mari pulas perut hilang habis kisah nak shopping.

Kami keluar ke jalan besar. Order Grab sebab sakit perut sangat. Mujurlah tunggu grab tak lama. Haha buat hal lah weh. Masa kena sakit perut tu rasa nak je aku terajang siapa yang halang aku sampai opis.


10 minit kemudian aku sampai opis dengan jayanya terus berlari ke tandas dan teruskan solat dan seterusnya sambung kerja.

Pasal rumah what so ever. Nanti aku fikir. Tarik nafas dan hembussss !

6 comments:

  1. jauh jg berjalan dari monorel titiwangsa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha jauh juga. Berpeluhlah tiak ni jalan di tengah panas.

      Delete
  2. dugaan awal tahun 2020 yek kak Feni, kene bincang semula slow-slow dengan husband pasal rumah tu,nak cari rumah sewa memang tak mudah sekarang ni, lagi lah kalau area bandar mahalnya membunuh... area jauh sikit dari kl memang murah tap jauh lak..

    dana ni lama dah tak ke kampung baru, kedai mana yg best kedai makan yg tak best pun tak tau dah, sekarang ni rehat kat opis je... sadis kan hehehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah kak feni pon walaupun dekat memang jarang sgt dah nak keluar. Sejak nadia kena pindah ke PJ. Takde geng nak merayap. Ada geng menjadi xde geng dok diam terus.

      Delete
  3. Alahai siannya dengan nasi mahal lepas tu sakit perut.
    Harap dipermudahkan jumpa rumah.

    ReplyDelete
  4. Semoga dipermudahkan urusan rumah Kak Feni. Stay KL ni harga rumah hmmm. Entahlah bagi sha mampu tengok je. Itu yg terpaksa rela juga kuatkan diri berulang Beranang - PJ 100km sehari.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke Blog Kak Feni. Sila tinggalkan komen untuk Kak Feni kunjung ke blog anda kembali. Thanks !

Powered by Blogger.