Kelebihan Kad BigPay Untuk Traveler

Monday, January 13, 2020
Yeahh nak share jugek dengan korang yang kad BigPay Kak Feni dah sampai hari Sabtu lepas. Cepat betul sampainya. Dia ada mention 5 -7 days working. 8 hb apply 11 hb dah sampai. Kak Feni kira baru 4 hari dah sampai. So, wow pantasnye.

Bingung juga Kak Feni ni apa lagi kelebihan kad ni. Nawaitu utama signup sebab nak beli tiket flight murah. Maklumlah bulan ni Kak Feni dah berhabis hampir 10K untuk tiket flight saja. Rugi sangat sebab baru tahu pasal BigPay ni. Takpelah janji belum terlambat.





Kelebihan Kad BigPay


Kelebihan yang ada pada BigPay antaranya adalah:



  • Anda akan peroleh Big Point Air Asia setiap kali anda berbelanja.
  • BigPay boleh digunakan di mesin ATM sama seperti kad bank anda di seluruh dunia.
  • Tidak dikenakan yuran pemprosesan jika berurusan dengan Air Asia.
  • Anda boleh pantau dan kesan setiap perbelanjaan transaksi anda.
  • Kadar tukaran wang asing yang terbaik disediakan.
  • Pedaftaran adalah percuma.
  • dan banyak lagi kelebihan BigPay.



Dimana Anda Boleh Menggunakan BigPay

Kita sudah tahu kelebihan yang ditawarkan, jadi dimana kita boleh berbelanja menggunak BigPay? Antaranya adalah:


  • Bayar di stesen petrol untuk isi minyak kereta.
  • Bayar Bil.
  • Beli barang di supermarket Tesco, Giant, dan lain-lain.
  • Di kedai McDonald's, KFC, Pizza.
  • Shopping Online (Shopee, Lazada).

Dalam erti kata lain, dimana-mana sahaja premis yang menerima bayaran kad mastercard. Ianya sama sahaja seperti debit kad bank anda, tetapi anda tidak dapat apa-apa keuntungan atau point seperti yang diboleh diberi oleh BigPay untuk digunakan di Air Asia Big.

Kak Feni baru nak cuba beli tiket flight AirAsia dengan BigPay ni.


Kak Feni dapat reward RM10 sebab masukkan kod referral dari siapa entah. Kak Feni pon dah lupa. Masa sign up dengan menggunakan Google Play Store.

Masa mula-mula signup tu kena transfer duit ke akaun BigPay RM20. Tapi jangan risau dia akan masukkan semula ke dalam akaun BigPay kita. Jadi kita tak rugi apa-apa boleh guna untuk shopping macam yang disenaraikan di atas.

Untuk korang yang nak signup BigPay boleh masukkan referral code FOUSUXL4SX untuk dapat reward RM10. Jangan lupa tau siapa nak bagi kan ?






Sekarang Kak Feni dah ada apps BigPay. Hehe lepas ni kita boleh shopping tiket flight guna BigPay dan kumpul point banyak-banyak. Bila dah banyak boleh dapat harga tiket lebih murah dan lebih jimat.

So, orang bayar lebih untuk travel kita akan dapat untung banyak di situ. 


4 comments:

  1. Abe kie pun ada kad BigPay cuma guna utk beli topup je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe boleh jugak tu. Kak Feni baru try untuk topup touch and go e-wallet.

      Delete
  2. looks so exclusive. ray tgk ramai kawan yg ade bigpay. but i dont haha.
    ala kenapa ray bru perasan x follow sini lg.

    ok follow dah. #104

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha xpelah ray. Fungsi pon lebih kurang juga dengan apps yang lain. Cuma bezanya ia ada kad.

      Delete

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke Blog Kak Feni. Sila tinggalkan komen untuk Kak Feni kunjung ke blog anda kembali. Thanks !

Powered by Blogger.