Makan-Makan Di PakDin Ikan Bakar Tangling

Wednesday, January 22, 2020
Hari ni dapat makan di Pakdin Ikan Bakar di Tang Ling lagi. Hehe bos belanja sempena hari terakhir Mr Jeffry. Lepas ni dah tak tahu bila boleh lepak sekali.

Lepas satu satu pergi dan kita kena terima segalanya.


Kak Feni, Kak Diana, Mr James dan Mr Jeffry berempat naik kereta Mr James. Abang Din pergi dengan motor sebab lepas makan dia ada urusan lain.

Mr James dengan Abang Din tak pernah datang sini. Kami dah banyak kali datang makan sini. Kak Diana yang rekemen. First time datang dengan Nadia sebab dia yang ada kereta. Masa tu Nadia masih kerja di Auction Plaza Permata.

Hari ni kami pergi berlima.






Gambar sebelum makan lupa nak ambil sebab semua dah lapar sangat. Jadi kita take photo lepas makan sebab semua baru boleh senyum. Hahaha

Kami ambil macam biasa je. Ikan dan sotong bakar. Sayur kami ambil sayur kobis tumis air dengan rebung masak lemak cili api. Berpeluh-peluh makan tapi sedap. Mr James dari tak makan pedas dapat makan pedas sampai meleleh peluh. Hahaha dia mana pernah lepak makan bawah pokok. Nahhh amik dia rasa.

Alhamdulillah untuk rezeki hari ni. Mr James yang belanja. Esok Mr Jeffry dah tak masuk. Tak tahu bila lagi boleh jumpa. Ada rezeki panjang umur, harap dapat jumpa lagi.

11 comments:

  1. Lama x pi makan kat sini..kena pi awal..kalau x sure penuh dan lama nak tunggu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya kena pergi awal. tadi kami sampai pon dah beratur. mujur ada tempat kalau tak mahu kena bebel dengan bos. Haha

      Delete
  2. Replies
    1. Rezeki makan tu ada je. Alhamdulillah. Lepas ni hilang sorang boss yang baik.

      Delete
  3. Popular Tangling ni.
    Rezeki makan jangan ditolak.

    ReplyDelete
  4. tulah, mesti berpeluh makan area kedai gini, tapi dah makan sedap layankan je hehehe tapi makan ikan bakar saotong bakar kat situ mmg best... puas makan

    ReplyDelete
  5. Kira farewell untuk Mr. Jeffry la ya...
    Biasalah kita farewell ada makan-makan sedih tolak tepi dulu hehehee...

    ReplyDelete
  6. Wah bestnya *_*♡

    p.s. Anyway nisha ada tag awak ya ♡ jemput join^^ https://hadiahbintangjatuh.blogspot.com/2020/01/beeha-mencari-bloglist-baru.html

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke Blog Kak Feni. Sila tinggalkan komen untuk Kak Feni kunjung ke blog anda kembali. Thanks !

Powered by Blogger.