Master Checklist Harian Kak Feni

Wednesday, January 15, 2020


Kak Feni baru sudah print master checklist untuk diri sendiri. Yang tahun lepas masih boleh guna sampai bulan April nanti. Saja Kak Feni buat lebih.

Seronoknya bila buat master cheklist ni. Kadang-kadang kita buntu, apa yang aku tak buat lagi eh ? Bila tengok master checklist ni kita akan usahakan untuk penuhkan. Nak istiqamah ke jalan yang benar ini perlukan banyak pengorbanan.

Alhamdulillah sejak Kak Feni usahakan untuk penuhkan master checklist ni banyak benda yang selesai terutama dalam bisnes. Bukan senang nak naik kalau takde modal besar. Semuanya kena usaha sendiri dengan apa yang ada. Jadi kena kerja keras dari awal.

Kalau buat ni kadang-kadang culas juga. Tak complete tapi sekurang-kurangnya dapat tahu. Ooo aku tak sedekah lagi hari ni. Kak Feni mula bersedekah RM1 setiap hari. Masukkan dalam tabung. Hujung minggu bagi dekat masjid/surau atau sesiapa yang memerlukan. Sedekah yang paling baik adalah keluarga kita sendiri.

Keikhlasan kita biarlah kita dengan Allah saja yang tahu. Mula-mula rasa susah. lama-lama bila tak buat rasa resah dan gelisah.

Yakin dengan janji Allah.

"Takkan Miskin Bagi Mereka Yang Bersedekah".

Mana tahu dengan asbab kita bersedekah, hidup kita lebih berkat.

Kak Feni akan mula rasa down dan blurr bila mood swing nak datang bulan. Masa tu rasa macam malas gila nak buat apa-apa. Bila tengok master checklist eh banyak lagi yang aku tak buat hari ni.

Kak Feni akan habiskan zikir harian diwaktu pagi masa on the way ke opis. Yang lain-lain tu pandai-pandailah cari masa.


10 comments:

  1. Bagus juga ni. Saya pun ada azam bagi RM1 sebulan pun belum istiqamah. Mungkin saya tak payah ketatkan sedekah pada surau/masjid.

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah mula dengan nilai kecil dulu. Tiap-tiap hari buat. Lama-lama rasa lain bila tak buat.

      Delete
  2. moga dana pun boleh ikut jejak langkah k feni tuh, sedekah tu dana tukar dgn bagi kuih setiap hari pada akak cleaner opis, dana fikir selagi dana mampu... belikan dia kuih boleh buat sarapan atau minum pagi dia... moga amalan dana yg kecil tu akan membantu di sana nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak kisahlah Dana. Janji kita ikhlas kan. Biar Allah je yang tahu dan balas keihlasan kita tu. InshaAllah semoga segala amalan kita diterima Allah nanti.

      Delete
  3. terbaek.. semoga dipermudahkan urusan harian.. :)

    ReplyDelete
  4. Wah! bagusnya ada master checklist macam ni kita boleh monitor dan implemented kan.
    Setting gold sehari, seminggu, sebulan dan seterusnya.
    InSyaAllah.
    Semoga istiqamah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah sejak ada benda ni memang rasa teratur hidup.

      Delete
  5. Bagusnya. Myra pun nak cuba la buat macam nie so teratur la sikit. Thanks for sharing kak.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke Blog Kak Feni. Sila tinggalkan komen untuk Kak Feni kunjung ke blog anda kembali. Thanks !

Powered by Blogger.