Nadia Datang Opis lagi

Friday, January 17, 2020

Hargailah setiap masa yang ada kerana kita takkan mampu untuk putarkan masa yang dah berlalu. Yang pergi takkan kembali.

Selagi ada peluang untuk berbuat kebaikan, buatlah kerana kita tak tahu apa yang akan terjadi esok hari.

Hari ini kita gembira dan bahagia. Esok kita tak tahu apa yang akan kita jumpa. Inilah perjalanan hidup. Suka dan duka kita tetap perlu teruskan melangkah dan melangkah sampai masa kita akan kembali kepada Sang Pencipta.

Semoga segala amalan kebaikan kita diterima Allah.

Dugaan dan cabaran yang kita lalui sebenarnya mematangkan kita. Doa, sabar dan terus berusaha untuk mendapat redha dari Allah.

Benar, untuk menjadi insan yang lebih baik perlukan banyak pengorbanan dan air mata. Kadang-kadang rasa macam dunia ni tak adil dengan kita tapi itulah perjalanan yang kita kena lalui sebab ujian setiap insan itu berbeza.

Persahabatan kita yang Kak Feni harap sampai ke syurga. InshaAllah. Kak Feni sentiasa doakan Nadia dapat apa yang Nadia impikan. Walaupun jauh selalu datang tengok Kak Feni di sini.

Masa kita dekat dulu, suka lepak sama-sama. Bila dah jauh ada rezeki baru jumpa. Maklumlah masing-masing ada komitmen masing-masing.

Semoga tahun ni tahun yang baik untuk kita semua.

10 comments:

  1. Seronok tak putus lagi ikatan persahabatan.

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah ukhwah kerana Allah Taala pastinya manis nikmatnya ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Antara paling manis adalah ada sahabat yang sentiasa ada bila kita susah dan senang.

      Delete
  3. Alhamdulillah jarak bukanlah penghalang gitteww...
    Semoga ukhwah berpanjangan hingga ke Jannah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah untuk nikmat ini. Kak Feni sentiasa dikelilingi oleh sahabat yang baik-baik2

      Delete
  4. amin, dana sekarang takde dah geng rapat untuk lepak saa-sama tengahari kak... yang ada si aiyan jelah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama jugak Kak Feni. Kadang-kadang sorang je. Kadang-kadang dgn akak opis. Tak kisah pun sebab dah biasa mcm ni.

      Delete

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke Blog Kak Feni. Sila tinggalkan komen untuk Kak Feni kunjung ke blog anda kembali. Thanks !

Powered by Blogger.