Selamat Tahun Baru 2020

Wednesday, January 01, 2020
Semalam kami gigih keluar rumah sebab nak count down new year. Mulanya nak lepak Di atas bukit Ampang. Namun bila sampai atas bukit dah penuh dengan kereta sampai takde tempat nak parking.

Bila dah Jalan turun bukit tu nampak kereta bersusun nak naik ke atas. Kami pun ubah plan tak Jadi lepak atas bukit. Kami terus kan perjalanan ke Tesco Ampang.

Kami pergi 2 buah kereta. Selamat ni tak pernah pun nak layan count down ni. Ni bila dah ramai mula lah menjadi. Mujur hari ni cuti.








Lepak dekat Petronas tempat orang selalu COD dekat Tesco Ampang. Hehe masa kami lepak pun nampak ramai orang dok melakukan COD.

Layan tengok bunga api yang nampak tak berapa nampak. Haha sebab salah tempat. Patut gi lepak dekat parking Tesco tu baru nampak clear. Takpe lain kali ade rezeki lepak situ.

Pukul 12.30 pagi kami gerak pulang. Namun sebelum tu sempat lagi singgah mamak untuk makan santai. Ewahhh pembukaan 2020.

Semoga tahun ni dilimpahkan rezeki yang melimpah ruah. Diberkati oleh Allah Dan, sentiasa dalam lindunganNya selalu.

Selamat tahun baru semua. 2020.

6 comments:

  1. mesti cantik pemandangan kt atas bukit tuh kan, cuma tulah mesti ramai bebeno orang...

    mentang2lah esoknya cuti, selamat tahun baru utk kak feni sefamily

    ReplyDelete
    Replies
    1. Atas bukit tu takleh nak lepak pun Dana. Last-last pergi Tesco Ampang. Tu pon nampak sipi-sipi je sebab salah port. Hahahaha

      Delete
  2. Selamat tahun baru.. Semoga dipermudahkan urusan 2020..

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum,
    Moga hari ini lebih baik dari semalam dan hari-hari seterusnya..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke Blog Kak Feni. Sila tinggalkan komen untuk Kak Feni kunjung ke blog anda kembali. Thanks !

Powered by Blogger.