Table For Two

Tuesday, January 21, 2020
Ewah hari ni terlepas sarang lagi. Lunch di Restoran Haslam dengan Nadia lagi. Hehe.

Tak jauh pun dengan opis Kak Feni tapi kalau jalan kaki memang peluh ketiak. Kami pergi dengan kereta. Jadi tak berpeluhlah ketiak Kak Feni sebab jadi mem duduk di sebelah driver.

Rambang mata kalau sampai sini. Semua benda nak makan. Pergi pulak time perut sedang berdondang sayang sebab lapar. Hari ni kami bernasib baik sebab dapat keluar awal.

Sampai nampak dah ramai tapi turn kami tak lama untuk dapat nasi. Lepas jer kami dapat tempat duduk nak makan. Hahh tudia beratur panjang orang nak makan.



Ni la makanan yang kami ambil. Pusing-pusing sampai tak tahu nak pilih makanan apa. Last Kak Feni ambil gulai lemak perut dengan nangka muda, sayur campur, ikan bilis goreng garing dan juga sambal belacan.

Nadia pulak awal-awal dah terkam asam pedas ikan pari. Memang favourite dia pun ikan pari tu. Sayur pak choi dengan lala masak sambal. Kami share berdua lala tu.

Macam berdating pulak kami ye. Sekali sekala terlepas sarang apa salahnya.

2020 ni baru bulan Januari tapi cabarannya dah awal-awal lagi Allah bagi. Namun disebalik kekurangan dan ujian yang Allah bagi, Dia bagi juga kelebihan dan nikmat yang sememangnya kita tak boleh nak dustakan.

Sabar dan hadap jelah apa pun yang datang lepas ni.

11 comments:

  1. sedapnya babat tuh... aduhai lama tak makan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Babat tu apa Dana ? masak lemak perut dengan nangka kah ?

      Delete
    2. Babat tu perut lembulah.
      Kalau yang tempatan (fresh punya) laagi sedap.

      Delete
    3. Ooo Babat tu perut lembu. Ilmu baru untuk Kak Feni. Lain kali orang cakap dah tahu lah yang babat itu apa.

      Delete
  2. Restoran Haslam ni selalu je ramai orang..harga up sikit..tapi sedap makanan dia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann? kak feni sekali sekala boleh lah pergi.

      Delete
    2. Tulah. Dia femes jadi ramai yang nak pergi tapi berbaloi rasanya memang sedap dan tak rugi.

      Delete
  3. Nyum lauk masak lemak perut. Saya pun akan ambil lauk macam saudari punya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hurmm dia punya lembut memang sedap sangat. Tak liat dan mudah nak makan.

      Delete

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke Blog Kak Feni. Sila tinggalkan komen untuk Kak Feni kunjung ke blog anda kembali. Thanks !

Powered by Blogger.