Yeah Order Shopee Dah Pecah Telur !

Tuesday, January 21, 2020
Tahun ni awal hari tu best gila rasa macam wah tahun ni tahun Ong untuk aku. Sebabnya awal lagi dah masuk 22 pax untuk ke Bali bulan Mac nanti. Bayangkan hampir 20K masuk akaun Kak Feni. Happy yakmat masa tu. Syukur sebab mungkin ni rezeki anak-anak nak sekolah juga.

Lepas seminggu kosong dan sekosongnya. Sales bisnes takde langsung. Ada kawan ank minta pinjam dan macam-macam lagi hal. Alhamdulillah dan inshaAllah harapnya depa bayar nanti sebab Kak Feni pun banyak hutang nak pusing modal.

Sales produk FFD pun sendu sesendunya. Stress juga bila tengok sales orang lain laju sangat. Stress sampai taknak buka group. Cari masa untuk tenangkan diri. Mesti ada sebab kenapa aku sales tak laju.

Hari ni ada wasap masuk nak order Shopee. Alhamdulillah setelah 21 hari kosong telur ayam weh ! Harapkan kumpul shopee yang kena klik tu. "Daily Coins Reward" tu lah. Kadang-kadang lupa nak klik dah rugi. Huhu


Akhirnya akaun Shopee Kak Feni bergerak juga. Alhamdulillah rezeki itu kadang-kadang kita tak sangka. Boleh kumpul coin banyak lagi dan boleh redeem lagi.

Korang kalau yang baru nak download Shopee apps tu boleh masukkan referral Code "SAFEN222" untuk nikmati diskaun dari Shopee. 


Kembali berbalik kepada rezeki Allah. Dia tak bagi kat sini Dia buka pintu kat tempat lain. Tugas kita sebagai hamba adalah berusaha dan berdoa. Kalau Dia tak bagi hari ini, inshaAllah esok lusa dia bagi. Sabar, mesti ada hikmah Allah nak bagi.




6 comments:

  1. Alhamdulillah rezeki. Harap perniagaan saudari maju.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah syukur selalu. Amin mudah-mudahannya.

      Delete
  2. wahhhh rezeki tu kak Feni, moga terus sukses untuk tahun ini

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah, biasa la tu bisnes ada naik turun. Yang penting, jangan putus mintak doa kat Allah moga dimurahkan rezeki :)

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke Blog Kak Feni. Sila tinggalkan komen untuk Kak Feni kunjung ke blog anda kembali. Thanks !

Powered by Blogger.