Alhamdulillah Untuk Hari Ini

Tuesday, February 04, 2020
Terima kasih ya Allah untuk nikmat ini.

Hari ni dapat lebih 3 angka hasil menjala di fesbuk.



Pagi-pagi ada ada orang ketuk pintu wasap Kak Feni sebab nak beli Vitalea Shaklee untuk dewasa. Mudah dan senang. Kak Feni memang tak simpan stok banyak-banyak kat rumah sebab tahu keadaan diri yang tak sempat nak COD. Kalau tak urgent memang Kak Feni boleh COD tapi kena tunggu masa Kak Feni lah. Kak Feni online jer sebab tu Kak Feni suka Shaklee ni. Hehe.

Alhamdulillah tuhan tu tahu apa yang kita mampu sebenarnya. Dia akan bagi ikut kemampuan kita. 

Kak Feni harap bulan ni income online Kak Feni lebat selebatnya sebab nak beli rumah ni. Nak bayar komitmen rumah yang double ni. Harap dipermudahkan segalanya.

Sebenarnya kalau ikutkan gaji kami berdua memang tak cukup tapi dengan bisnes online ni lah yang banyak bantu Kak Feni setelkan segala komitmen bulanan.

Biarlah apa orang nak kata sebab depa bukan berada dalam kasut kita. Kak Feni selalu ingatkan diri. Kalau aku tak usaha bersusah payah sekarang bila lagi ?

Anak-anak nak sekolah, nak makan, nak itu, nak ini. Nak bagi kat mek di kampung lagi. Macam-macam BIG WHY Kak Feni yang Kak Feni tulis agar terus kuat dan usaha selagi ada daya.

Rasa nak join bisnes Shaklee jangan malu nak kontek Kak Feni ye.





6 comments:

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke Blog Kak Feni. Sila tinggalkan komen untuk Kak Feni kunjung ke blog anda kembali. Thanks !

Powered by Blogger.