Salam 1 Rejab 1441 Hijrah

Tuesday, February 25, 2020

Image may contain: 1 person, text

Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah tiba juga kita di bulan Rejab untuk tahun 1441 Hijrah ni. Hari ni patutnya Kak Feni puasa sunat tapi banyak sangat alasan jadi Kak Feni tak puasa. Huhu rugi satu hari ni.

Semalam beria tanya sahabat-sahabat di opis siapa nak puasa ? Last-last Kak Feni yang tak puasa. Takpelah inshaAllah masih ada peluang lagi.

Hari ni datang kerja sendiri lagi sebab husband Kak Feni dah kena pergi outstation lagi.

Semalam dah punggah segala barang ke rumah mentua. Kalau dok rumah sendiri susah dengan anak-anak. Nak bangun pagi bersiap pergi sekolah. Macam ni la bia suami kena keluar kerja jauh. Ummi kena urusakan anak-anak. Mujur ada mentua dekat.

Image may contain: ‎text that says '‎LAFAZ NIAT PUASA BULAN REJAB سُنَةَ رَجبِ شَهرٍ فِي غَدِ صَوْحمَ نَوَيْتُ تَعَالَى للهِ NAWAITU SHOUMA GHODIN FII SYAHRI RAJABI SUNNATAN LILLAAHI TA'AALAA #JOMPUASA Quotes Creator‎'‎

Sempena bulan Rejab yang indah ini. Marilah kita sama-sama persiapkan diri dengan menambah ilmu dah amalan kepada Allah S.W. T. Semoga segala apa yang kita amalkan menjadi penolong di akhirat sana. Amin Ya Rabbal Alamin.

4 comments:

  1. sama-sama lah kita tambahkan amalan di bulan rejab ini ye KF

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin YRA. InshaAllah Dana. Sama2 kita topup yang mana lompong tu

      Delete
  2. Semoga amal kita diterima olehNya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin YRA. Semoga segala urusan kita dipermudahkan oleh Allah S.W.T.

      Delete

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke Blog Kak Feni. Sila tinggalkan komen untuk Kak Feni kunjung ke blog anda kembali. Thanks !

Powered by Blogger.