Selesai Training Halal Dengan Pihak JAKIM - Day 1

Tuesday, February 11, 2020
Semangat mana semangat? Macam rasa hilang semangat tapi hidup perlu diteruskan selagi ada hayat.

Semalam dengar perkhabaran Abam Bocey meninggal. Suram jer suasana semalam. Kak Feni tak boleh nak layan sedih sangat sebab sibuk dengan urusan meeting dan training. Rasa penat sangat sejak hari Sabtu non stop berjalan sampai hari ni.

Semalam pagi kena keluar naik mrt dan lrt sebab nak hantar kak balik kampung. Suami Kak Feni kena masuk kerja awal sekarang ni. Pagi tadi pun berkejaran Kak Feni naik monorel untuk sampai ke pejabat. Betapa masa itu sangat bernilai.

Ni baru boleh bernafas lepas training dengan Jakim tadi. Alhamdulillah selesai dah satu bab. Lepas ni apa lagi nak mari.




Ni gambar pagi tadi masa peserta tak penuh lagi. Alhamdulillah walaupun rasa macam tahu dah pasal halal haram ni, bila ada trainer datang kita boleh bertanya direct dengan beliau.

Trainer kami kali ni Encik Don Luqman. Mula tengok macam Ustaz Don Daniyal. Bila sembang-sembang memang adik dia. Sama macam abang dia. Bagus dan berilmu.

Training kali ni untuk mendalami lagi ilmu halal dan haram. Untuk kita lebih faham tentang status halal dan haram. Kadang-kadang orang bukan Islam, diorang tak faham halal tu macam mana. Ayam tu halal tapi kalau tak sembelih tetap jadi haram.

Dengan training ni secara tak langsung kami yang Islam ni pun boleh sama-sama belajar dan lebih faham lagi. Benda nampak remeh tapi semua kena ambil kira. Tambah-tambah lagi kalau sektor industri yang melibatkan pengeluaran yang banyak-banyak tu.

Nak dapat sijil Halal ni senang je asalkan ikut prosedur. InshaAllah semuanya mudah je.

5 comments:

  1. Kan Feni terlibat dalam bidang makanan ke?
    Bagus kan belajar tambah ilmu baru.
    Semoga berjaya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Company Kak Feni akan buat nanti tu yang dalam proses mendalami ilmu ni. InshaAllah nanti.

      Delete
  2. betul tu bila ada yang orang yang boleh kita rujuk jadi lagi semangat lak join trainingnya...
    ala nape takde gambar dekat trainer nya, nak nengok jugak... heheeh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha Dana. Tulah Kak Feni kena duduk di belakang sekali sebab sambil dengar kena serve air kepada tetamu huhu. Yang depan semua boss-boss. Kita orang kecil jer.

      Delete
  3. menarik.. mesti tahu lebih mendalam kan dalam pelaksanaan atau procedures halal ni.. kena telus besar tanggungjawab soal halal haram..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke Blog Kak Feni. Sila tinggalkan komen untuk Kak Feni kunjung ke blog anda kembali. Thanks !

Powered by Blogger.