Semoga Allah Permudahkan Urusan Kami Sekeluarga

Monday, February 03, 2020
Nak share ke tak nak ? Terfikir juga tanggapan negatif. Tapi buang jauh-jauh lah. Semoga yang membaca pun dapat inspirasi supaya kita sama-sama kerja keras untuk capai segala impian.

Hari ni Kak Feni mencuba nasib untuk apply loan bagi nak beli rumah. Dah booking tapi duit masih ada cash kena pergi bank in balik kerja nanti.

Nak ada rumah sendiri adalah impian Kak Feni. Masa Kak Feni mula-mula buat bisnes online Shaklee tahun 2015 dulu, mentor Kak Feni suruh tuliskan 1001 impian yang Kak Feni nak capai dalam hidup ini.

Masa tu excited sangat nak itu ini. Tulis je apa yang nak. Tahun lepas pun ada jugak berangan nak beli rumah sendiri tapi impian belum tertunai. Tahun ni bila ada orang offer rasa macam takut dan tak yakin boleh lepas ke loan nak mohon ni.

Ni baru nak cuba. Kalau lulus, alhamdulillah. Kalau tak lulus kita cuba lagi. Harap-harap dipermudahkan segalanya.

Kalau loan rumah ni lulus. Makanya Kak feni dan husband kena kerja lebih kuat dan gigih lagi sebab komitmen bulan makin tambah. Kereta lagi 2 tahun setengah nak settle. Kak feni mampu doa agar Allah permudahkan segalanya. InshaAllah Aaminn Ya Allah Ya Mujib.

Kadang-kadang rasa macam Allah dah jawab doa-doa Kak Feni yang dulu. Nak itu nak ini. Cuma Allah bagi ketika kita mampu. Pengalaman jatuh bangun dan usaha nak capai tahap ni. Hanya diri sendiri dan kami saja yang tahu.

Rezeki itu rahsia Allah. Dia nak bagi, Dia akan bagi. Yakin dan percaya. Pasti Allah akan bagi.


Alhamdulillah.

Doakan perjalanan nak beli rumah Kak Feni berjaya ya.


6 comments:

  1. semoga dipermudahkan segala urusan..

    ReplyDelete
  2. moga di permudahkan semua nya ya....dulu masa laki akak apply nk beli rumah memang debar jugak takut tak dapat, masa nk keluarkan duit utk bayar 10 percent duit rumah tu rm30k memang redho je, urusan pembayaran tu tahun 2017 lepas tu senyap, kami beli bukan rumah baru...lama jugak la sampai akak fikir memang tak dapat kot rumah tu, lepas setahun akak takmo ambil tahu pasal rumah tu, akak fikir kalau ada rezeki kami adalah kalau takde bukan rezeki. tapi akhir tahun 2018 laki akak kata rumah tu dah setel... lama sebab tunggu apa entah akak pun dh lupa... jadi awal tahun 2019 tu kami kene pindah rumah baru masa tu ada masa 2minggu je utk pindah rumah mmg last minit..

    apa pun moga urusan pembelian rumah kak feni di permudahkan dan lepas semuanya ya... doa banyak-banyak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tula Dana. harap dipermudahkan semuanya. Beli pon kena bayar. Sewa pun kena bayar. Serahkan semuanya pada Allah jela ni. Tawakal.

      Delete

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke Blog Kak Feni. Sila tinggalkan komen untuk Kak Feni kunjung ke blog anda kembali. Thanks !

Powered by Blogger.