Tulislah Blog Untuk Jana Pendapatan

Thursday, February 13, 2020
Alhamdulillah semalam Kak Feni tulis entry pasal  #Review Kopi Aura Dara Satu Produk FFD . Lepas siap Kak Feni terus share link dekat fb untuk dapatkan visitor.

Dalam banyak-banyak yang tengok link Kak Feni tu ada yang berminat untuk buat macam Kak Feni. Ini adalah salah satu kelebihan blog selalin facebook atau instagram.

Salah satu sebab Kak Feni suka tulis di blog adalah mudah untuk cari atau rujuk balik apa yang kita tulis dan share. So macam nak study kita tak tahu nak simpan mana jadi boleh search balik dalam blog.

Haha jangan tak tahu blog pon boleh tarik customer untuk membeli dengan kita. Kadang-kadang diorang search jer di google. Kalau kita bernasib baik blog kita atau entry kita akan berada di first ranking. Jadi sudah tentu diorang akan klik yang atas sekali.

Jadi jangan sia-siakan peluang yang ada. Benda free buat apa nak bayar kan ?

Kalau rasa macam kaya sangat sampai boleh nak labur modal nak bayar ads untuk naikkan view. Boleh jer melabur. Kak Feni yang ikan bilis ni usaha jelah dari bawah. Kayuh perlahan-lahan sampai berjaya. Nak sampai ke tahap ni pun dah syukur sangat.

Sales dan income dari blog memang tak pernah putus. Kadang-kadang orang order Shaklee, nak travel, personal shopper dan terbaru Kak Feni buat FFD memang banyak membantu.

Alhamdulillah betul sangat rezeki itu memang milik Allah. Kita usaha, kita buat dan kita nikmati.


8 comments:

  1. Btul tu...apa yg kita rasa pnulisan tu brguna, pos di blog sbg rujukan, rmi dpt mnfaat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah Cikgu. semoga yang datang pada kita baik-baik je. InshaAllah.

      Delete
  2. Replies
    1. Amin semoga diperkenankan doanya. Terima kasih WP.

      Delete
  3. Wah bestnya, boleh jana pendapatan dengan menulis blog.
    Semoga tuhan murahkan lagi rezeki akak sekeluarga :)

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke Blog Kak Feni. Sila tinggalkan komen untuk Kak Feni kunjung ke blog anda kembali. Thanks !

Powered by Blogger.