Day 14 | Tempoh Kawalan Pergerakan

Tuesday, March 31, 2020


Hadiah besday untuk diri sendiri. Sempena 34 tahun tahun ni. Alhamdulillah masih diberikan waktu untuk nikmati hidup ini.

Dulu masa kecil selalu dok ingat jauhnya tahun 2020. Pejam celik pejam celik dah sampai pun tahun 2020. Dan Kak Feni dah pun berumur 34 tahun. Dah hampir 10 tahun kahwin dan mempunyai 2 orang anak lelaki yang handsome. Alhamdulillah dengan nikmat Allah yang tak pernah putus ini.

Terima kasih kepada husband yang menjadi orang pertama wish dan seluruh keluarga serta rakan-rakan yang tak pernah jemu mendoakan kebahagian Kak Feni dan keluarga. Alhamdulillah hanya tuhan dapat membalas jasa kalian. Sesungguhnya Kak Feni sangat menghargainya dan berterima kasih dengan nikmat ini.

Cukup dengan doa dan ucapan yang baik-baik menjadikan Kak Feni bahagia.

Nak hadiah tak perlu tunggu orang lain yang bagi. Kita nak kita order sendiri. Haha tak susah pun hidup ini. Jangan terlalu mengharapkan orang lain. Orang dah ingatkan kita pun dan sejuta rahmat. Alhamdulillah. Kita tak tahu dalam banyak-banyak doa mereka yang Allah angkat dan kabulkan untuk kebahagiaan kita.

Merenung kembali perjalanan hidup sepanjang 34 tahun hidup. Alhamdulillah hari ini dah bertambah baik dan baik. Berbanding dengan hidup masa kecil dulu. Memang susah dan sangat susah. Kesusahan itu menjadikan hidup ini lebih kuat dan tabah. Setakat ujian kecil-kecil itu alhamdulillah boleh hadap.

Sekarang ni dunia dilanda virus dan semua orang berasa takut. Semoga keadaan ini akan segera baik dan berjalan seperti biasa. Ya Allah tetapkan hati kami. Terus tetap dan teguh untuk mempertahankan agamaMu.


6 comments:

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke Blog Kak Feni. Sila tinggalkan komen untuk Kak Feni kunjung ke blog anda kembali. Thanks !

Powered by Blogger.