Day 3 - Perintah Kawalan Pergerakan

Friday, March 20, 2020
Hari ke-3 baru nak mula tulis sebab mood memang kelaut hijau biru. Susah hati sebab abah adalah salah seorang petugas front line bahagian pembersihan. hari-hari meeting hari-hari kena pergi kerja jauh. Esok dah mula kena outstation tinggallah kami kat rumah opah.

Kak Feni dah order bola ni lama dah sejak awal bulan Mac lagi sebab tau anak-anak mesti boring. Sejak kena perintah kawalan pergerakan ni. Kami memang lepak dalam rumah tak keluar-keluar.

Hari ni kami buat aktiviti dalam rumah dengan melayan handphone dan main bola dalam rumah. Ummi macam biasa. Masak, makan lepas tu tido. Bangun tido masak pula.



Sementara abah takde kena kerja ni, kami duduk rumah dan buat segala aktiviti yang boleh menghilangkan rasa boring. Abang Aus memang tak suka tidur siang jadi dia lah yang dok soksek-soksek sorang-sorang. Adik pulak tengahari memang dia akan tidur lepas makan sama macam ummi. Dok care ke tidur jer.

Habis kuat wasap dengan abah tanya dah makan ke belum? Macam mana kerja ? Okey ke abah? Lepas tu pesan cuci tangan sokmo. Jaga kesihatan dan kebersihan. Makan vitamin C jangan lupa. Tu jela aktiviti kami sepanjang abah kena outstation.

Malam pulak baru boleh video call untuk ubat rindu. Huhu semoga segala virus Covid-19 ni cepatlah berakhir. Mari kita sama-sama muhasabah diri dan berdoa agar musibah ini berlalu pergi.

6 comments:

  1. rasa mcm buang masa sgt kt rumah sbb tak dpt nak keluar even tho i have a lot of things to do XD.

    rasa lain sbb x dpt keluar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann. Tepu rasa otak ni bila kena duduk rumah je. Makan tido makan tido.

      Delete
  2. Replies
    1. Hurmm kalau berterusan kes covid 19 ni. Makin lama. Harapnya cepatlah pulih macam biasa.

      Delete
  3. hihihihi.. harini asyik cari pasal dengan anak buah je, bosan duduk saja, so cari pasal dengan anak buah sampai dia nangis.. hahahahaha..

    btw saya tengah cari blogger aktif utk dimasukkan dalam bloglist 2020.. kalau sudi jemput join^^

    http://duniamisskepeng.blogspot.com/2020/03/pencarian-bloglist-2020-by-mk.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah Kak Feni akan join. Banyak masa free duduk rumah ni. Hehe

      Delete

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke Blog Kak Feni. Sila tinggalkan komen untuk Kak Feni kunjung ke blog anda kembali. Thanks !

Powered by Blogger.