Semoga Yang Baik-baik Datang Kepada Kita

Wednesday, March 04, 2020
Menghitung hari detik demi detik. Ewah ! Macam lagu Kris Dayanti pulak.

Pagi ni suami Kak Feni dah wasap awal katanya nak balik dari Nilai. Alhamdulillah. Balik kejap je sebab nak tengok anak-anak. Esok kena pergi lagi dan balik hari. Lusa malam nak kena pergi Johor pulak sebab ada seminar di sana sampai hari Isnin.

Balik dari seminar terus sambung kerja di Nilai. Lepas seminggu pula baru boleh balik. Harapnya macam tulah. Bila company abah dapat tender cuci bangunan di Nilai. Maklumlah kerja dalam bidang pembersihan kan.

14 haribulan ni dah start cuti untuk anak-anak. Ummi tak tahu nak plan nak bawa gi mana sebab risau dengan keadaan semasa sekarang ni. Segala viruslah apa lah. Huru hara rasanya. Mood nak berjalan pun takut tapi nak taknak hidup kena teruskan juga.

Sementara abah takde kerja luar ni, kami anak beranak duduk dengan mertua Kak Feni. Walaupun rumah kami dekat je tapi suami Kak Feni tak bagi sebab anak-anak susah bangun pagi terutama yang sulung tu. Selalu buat akai. Kalau duduk rumah opah dema. Pagi-pagi dah kena trompet nak taknak kena bangun awal walaupun banyak drama.

Hari ni Kak Feni keluar awal sebab takut takde parking kat stesyen MRT. Kalau lambat jawabnya memang takde parking. Semalam pun parking jauh sangat. Hari ni depan sikit tak sejauh semalam. Dahlah balik semalam angin kuat dan hujan pun turun renyai-renyai. Kak Feni membuka langkah seribu sebab takut basah kuyup sementara nak sampai ke kereta. Angin punya kuat sampai nak tercabut tudung. "leloh jelir rasanya". Hahhaaha

Semalam balik kerja jalan okey lagi tapi biasalah banyak kereta. Semua nak sampai cepat. Sabar jela kalau drive kereta ulang alik nak kerja.

Bulan ni masuk 2 bulan dah Kak Feni ulang alik ke pejabat sendiri. Berdikari lah nak buat macam mana. Nasib baik ada lesen kereta dan boleh naik public transport. Alhamdulillah Allah permudahkan segala urusan. Ada hikmah semuanya.

Rasa macam sihat sikit sebab hari-hari jalan kaki nak sampai opis. Kalau tak suami jemput dan hantar di lobby. Haha takde masa nak bersenam. Bila kena macam ni memang rasa sihat sikit walaupun penat. Rasa kurang sikit semput. Haha mungkin sebab dok jalan hari-hari dan jantung pun mengepam dengan laju. Cuma berat badan je taknak turun lagi sebab dok makan dan minum manis-manis tak jaga.

Alhamdulillah semoga yang datang baik-baik saja. Positif selalu inshaAllah yang baik-baik juga akan datang kepada kita. Amin.



4 comments:

  1. kelam kabut jugak bila selalu urus anak berdua ni kene urus sendiri...
    semalam kat umah tu mendung tapi tak hujan-hujan jugak... memang terasa bahang bila kuar tgri tuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. pagi-pagi tu yang kelam kabut ribut. Suara jangan cakap kalah mak tarzan dalam hutan. Anak pulak dua2 lelaki. Hahah sabar jela.

      Delete
  2. yang penting positifkan diri :)

    ReplyDelete
  3. Semoga dipermudahkan segala urusan sehariannya

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke Blog Kak Feni. Sila tinggalkan komen untuk Kak Feni kunjung ke blog anda kembali. Thanks !

Powered by Blogger.