Day 16 | Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan

Thursday, April 02, 2020
Hari ni bangun awal bersiap untuk sediakan sarapan husband. Haha sejak husband boleh balik hari-hari ni hari ni baru rajin nak buat sarapan. Tu pun dia nak makan nasi goreng. Selalu dia taknak makan sebab kat tempat kerja ada sedia makan. Hari ni kita pun buat-buat rajinlah sebab husband nak makan kan. Hahaha

Makanya pagi ni siaplah semangkuk besar nasi goreng bodo untuk family. Alhamdulillah licin semuanya.

Tengahari masak makan tengari macam biasa untuk keluarga. Menu hari ni sambal sardin, telur dadar dan juga kangkung rebus. Cukuplah untuk isi perut.

Semalam kan teringin nak buat puding karamel tapi esen vanila takde jadi kena postpone. Hari ni dah ada semua bahan-bahannya maka terjadilah puding karamel Kak Feni. Resepi ikut kat youtube. Hehe





Lepas sejukkan dalam peti, alahai nikmatnya rasa. Mudahnya nak buat benda ni. Sedap pun sedap (eh terpuji diri sendiri pulak). Sebelum ni kalau nak makan puding ni mesti beli sebab tak pandai dan tak berkeyakinan nak membuatnya. Sebab selalu dengar cakap orang sama. Kalau tak jadi buang saja. Hanyirlah apa lah.

Hari ni sebab tak boleh keluar rumah nak makan tak tahu nak buat apa. Makanya terjadilah puding karamel Kak Feni. Favourite husband Kak Feni. Balik kerja kang biar dia rasa sedap ke tak bini dia buat. Hahahaha.

Bulan puasa ni kalau ada rezeki kita buat lagi puding ni. Kalau takde orang nak makan, biar Kak Feni makan sendiri. 

10 comments:

  1. huwaaaaaa nak nangis. sedapnyaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha musim ni kita share entry pasal makan jela. Job pun xde. Hahaha

      Delete
  2. Time PKP ni duduk rumah memang lapoo aje

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tula kami dah 17 hari duduk dalam rumah. Nak keluar ke halaman pun takut.

      Delete
  3. Bila cik abg ada kt umah memang kene masakla jawabnya kan... sedapnya tengok puding karamel tu, akak pernah buat sekali tapi mcm tak berapa jadi... jadi malas nk cuba lagi heheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tula kak. Feni first time buat ni. Resepi google. Haha mujur nye menjadi.

      Delete
  4. kalau makan sedap2 mcm ni mestilah suami kak feni makin 'comel'!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha bukan dia je yang comel Abam Kie. Ngan kita sekali bertambah comel.

      Delete
  5. Tulah bila duduk rumah lama-lama, macam-macam makanan boleh buat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn kerja makan minum makan minum lepas tu tidur.

      Delete

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke Blog Kak Feni. Sila tinggalkan komen untuk Kak Feni kunjung ke blog anda kembali. Thanks !

Powered by Blogger.