Day 17 | Perintah Kawalan Pergerakan

Friday, April 03, 2020
Dok rumah handphone asyik kena hijack dengan anak-anak je. Nak buat order pun susah. Tahulah wei nak suruh buat kerja sekolah sokmo pun nye muntah hijau pulak anak-anak. Selain makan dan tidur tengok handphone adalah satu aktiviti penting kami 3 beranak.

Hari yang ke 17 ni alhamdulillah badan pun semakin sihat walafiat dan gembira selalu. 



Hari ni masak menu ikan goreng, tempe goreng, masak lemak putih tauge, sambal belacan, telur mata kerbau untuk anak-anak dan sambal belacan yang direquest oleh opah. Alhamdulillah cukup hidangan hari ni. Esok tak tahu nak masak apa pulak. Anak-anak asyik tanya KFC ada delivery ke ummi ? Ummi nye tak reti nak order pakai grab tu. Ummi cakap nanti kalau ada ayam ummi masak buat ayam goreng KFC. Hahaha malasnya la hai nak google cara nak order guna grabfood tu. Kang sekali order lama nye minta lagi dan lagi. Dahla musim covid ni kena jimat cermat.

Gaji ummi pun minggu depan baru clear. Banyak benda yang tak settle lagi ni. Alhamdulillah nak hidup 2 3 hari ni ada la juga bekalan. Kerja siang malam untuk hidup je. Semoga semua nya baik-baik je. Kita rasa kita susah ramai lagi orang yang lebih susah dari kita.

Kak Feni ada juga order barang secara online dan alhamdulillah sampai je di rumah ni walaupun kawasan sini dah Red Zone. Belum fully lockdown. Masih boleh keluar ke kedai runcit untuk dapatkan barang keperluan. Sini hari-hari dengar bunyi ambulance dan polis. Dengarnya hari ni pun masih ada 44 orang pelajar tahfiz yang diambil untuk ke pusat kuarantin. Semoga semuanya baik-baik. Jaga kesihatan dan jaga kebersihan.

#StayAtHome


7 comments:

  1. Walau pun time PKP, kerja2 kat dapur bertambah2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kerja dapur tak pernah cuti tambah waktu PKP ni. Nak keluar beli kat luar tak boleh.

      Delete
  2. Sedapnye kak makan lauk macamtu, kalau saya hari2 wajib ada sambal belacan tu.. heehehehe.. take cara kak, jaga kesihatan musim2 gini :*

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sambal belacan tu kadang-kadang je buat kalau rajin atau ada permintaan. Tak larat nak tumbuk pakai lesung batu. Kalau blender tak umpphh. Haha

      Delete
  3. Jaga diri. Tak dapat bayang duduk di zon merah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tula Kak Feni nak buat aktiviti COD pun tak berani. Semoga semuanya cepat pulih mcm biasa.

      Delete
  4. saya suka tengok orang2 share menu2 depa sepanjang MCO ni..
    kasi idea nak masak apa =D

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke Blog Kak Feni. Sila tinggalkan komen untuk Kak Feni kunjung ke blog anda kembali. Thanks !

Powered by Blogger.