Day 18 | Perintah Kawalan Pergerakan
Hari ni ada order produk FFD masuk tapi terpaksa cancel sebab Kak Feni tak berani nak keluar pergi pos barang. Untuk produk FFD Kak Feni terpaksa hold sementara dulu sebabnya masalah nak pos. Berada dalam kawasan Red Zone bukan sesuatu yang mudah. Nak keluar pun tak boleh dengan anak-anak yang kecil ni. Nampak kita bersiap diorang pun sama naik nak ikut.
Takpelah rezeki lain akan datang nanti. Allah menguji hambaNya ikut kemampuan.
Hari ni buka tutup buka tutup pc ni nak isi borang BPN tu tapi hampeh semuanya error. Serabutnya rasa. Nak isi untuk kakak dengan anak buah Kak Feni. Lastly kakak Kak Feni yang duduk di Manjung tu yang boleh buat. Apa hal tak tahu takkan lah red zone juga kot. Online je kan. Huhu
Sementara PKP ni kita post entry pasal makan jela ye. Haha sebab tak tahu nak share pasal apa. Menu hari ni simple je. Kobis masak kicap, ikan sambal dan ikan goreng. Malam tambah dengan ikan masin goreng. Esok tak tahu nak masak apa.
Isnin ni nak puasa lagi sebab makan pun dah kurang selera. Baiklah berpuasa, dapat juga pahala. Lagi 10 hari nak hadap PKP ni. Semoga keadaan bertambah baik dan terus baik agar kami boleh balik kampung. Nak jumpa mek. Lama sangat dah tak dapat balik kampung.
Cepatlah PKP berakhir.
ReplyDeleteWak pun dah rindu cucu2 tak dapat balik kampung.
Kan WP. Semoga musim virus ni cepat berlalu dibawa angin. InshaAllah. Kak Feni nak balik kg nak tengok mak.
DeleteRezeki lain Allah nak beri.
ReplyDeleteJaga diri ya.
InshaAllah memang tak berani nak keluar. Kalau apa-apa semuanya suami & bapa mertua saja yang keluar.
Deletethis reminds me of home
ReplyDeleteKak Feni pun rindu. Dah dekat 2bulan tak balik rumah sendiri walaupun 1 taman je dengan rumah mak mentua.
Deletesaya di red zone jugak.. takot nak keluar.. plus roadblock bnyk dekat2 pun..
ReplyDeleteSini kalau xde dokumen yg berkenaan diorang suruh balik duduk rumah je. Memang tak boleh nak suka-suka keluar. Takpelah untuk kebaikan bersama juga.
DeleteWaktu PKP, memang banyak cari resepi je. Dah tak tahu nak masak apa hehehe
ReplyDeleteTula kan. Haha masa nak tunjuk skill masterchef di rumah.
Delete