Day 21 | Perintah Kawalan Pergerakan
Haiiii semuaaa. Apa khabar tu ?
Semalam skip menaip day 19 dan 20 sebab entry pendek sangat. Tengahari semalam kami satu family makan nasi goreng je. Malam pulak tak tahu nak masak apa kami mengambil keputusan untuk makan megi kari sahaja. Haha satu family termasuk mak dengan ayah mentua Kak Feni makan megi jer. Janji kenyang perut.
Hari ni rasa rajin sikit masak kari ayam, bayam rebus, ikan dan ayam goreng.
Rezeki untuk keluarga hari ni. Esok kita fikir lain nak masak apa. Pejam celik pejam celik dah 20 hari kita duduk rumah dan hadap PKP kan ? Mula-mula rasa tepu jugak otak ni. Sekarang macam seronok pulak sebab boleh masak macam-macam. Try buat donut, puding karamel dan esok nak try buat agar-agar santan tu kalau jadi. Hahaha resepi kena google dulu.
Korang dah dapat ke bantun prihatin tu ? Kak Feni tak masuk lagi. Gaji bulan Mac pun tak clear lagi. Nak bayar sewa rumah dan segala hutang ni. Mujurlah tuan rumah faham gaji lambat clear bulan ni. Bank tutup semua urusan pakai mesin je. Kalau guna kaunter terus dapat. Ni pakai mesin ambil masa 3 hari pula.
Macam mana lah kita lepas ni ya ?
Haiii ngeri nak fikir. Takpelah sama-samalah kita doakan semuanya baik-baik. Kita jaga kita.
Moga kita berjaya dalam mengekang wabak ini aamiin:)
ReplyDeleteAmin. InshaAllah Allah sedang menunggu doa dari hamba-hambaNya.
DeleteHarap semua baik-baik sahaja.
ReplyDeleteinshaAllah mudah-mudahan.
DeleteSemoga sentiasa dilumayankan rezekinya
ReplyDeleteSemoga WP pun dilimpahkan rahmat dan diberikan kebahagiaan.
Deleteuuu rajin demo masok deh. kami hari ni x lalu makan nasik. Pakat makan roti canai homemade cicah kari ayam je hehe
ReplyDeleteDok rumah opah tak boleh tak masak. Kita okey je buat doh makan pizza ke apa ke ni orang tua ka..
Delete