Day 24 | Perintah Kawalan Pergerakan

Friday, April 10, 2020
Pejam celik pejam celik dah hampir sebulan dah kita #stayathome ye? Kita jelah yang kena duduk rumah. Rasa putih dah kulit ni sebab tak kena cahaya matahari. Untuk frontliner dan mereka yang kena keluar untuk bertugas Kak Feni salute dan bersyukur sebab mempunyai mereka yang sudi bertungkus lumus menjalankan tanggungjawab. Alhamdulillah.

Menghitung hari agar semuanya kembali pulih. Kami nak balik kampung nak tengok Tokmek. Kami rindu dan tersangat rindu. Huhu semoga Allah permudahkan segala urusan kita semua.

Semalam petang Kak Feni buat agar-agar bandung. Menjadi boleh buat makan.

Tadi Scroll fb nampaklah posting ni di fb. 




Kak Feni dah takde modal nak buat entry sebab hari-hari tugas memasak di rumah ni. Huhu bukan niat nak menunjuk atau riak. Kalau kita ambil yang positif inshaAllah akan baik-baik saja. Hidup ni jangan negatif sangat. Tapi takpelah sahut jugalah cabaran no posting of food challenge for 15 days. Jadinya Kak Feni kena stop post pasal makanan sehingga 24 April 2020. 24 April tu dah masuk 1 Ramadhan. Takpelah yang positif kita ambil dan buang negatif. Yang mana baik kita follow.

Petang ni ada pengumuman baru pukul 4.00. Jadi sama-samalah kita tengok apakah keputusannya. Adakah tempoh PKP ini akan dilanjutkan atau sebaliknya? Mental ini dah bersedia kalau tempoh PKP ini akan disambung cuma sekarang ni dok fikir nak buat apa dalam tempoh PKP ni.

Bisnes online Shaklee masih on macam biasa sebab semua produknya HQ yang post. Cuma produk FFD ni je yang Kak Feni tak boleh nak keluar. Nak harapkan husband pulak dia pun kalut dan serabut perut dengan kerja dia. Kita pulak nak tambah beban baik tak payah. Dari elok terus jadi gaduh tak payah la weiii. Haduii jeng jugak kepala ni mikir.

Duit nak tapi malas. Hahahahaaha takpelah Kak feni akan fokus kepada Shaklee jela kot. InshaAllah ada lah rezeki Allah bagi.





5 comments:

  1. Fikir positif. Sebenar tak salah pos makanan pun.
    PKP sambung 2 minggu lagi.
    Sabar ye. Jaga diri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah kita ni kalau positif je inshaAllah baik-baik je yang akan kita dapat.

      Delete
  2. PKP tambah lagi 2 minggu bersabarlah ya...
    Ada jugak dengar post pasal makanan ni tak pasti dari mana punca kata jangan post tu huhuhuu...

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke Blog Kak Feni. Sila tinggalkan komen untuk Kak Feni kunjung ke blog anda kembali. Thanks !

Powered by Blogger.