PKP Day 30 | Mula Post Pasal Masak & Lauk Lagi

Thursday, April 16, 2020
Haha tak tahu nak buat apa. Kita cancel jela yang entry taknak post pasal entry makan tu je. Positif je. 

Masak apa tu hari  ni?

Kak Feni masak sambal sotong, sayur kobis tumis kicap, telur dadar dan kari telur baki semalam yang tak habis.



Semalam mak mertua Kak Feni beli sotong dengan lori yang jual makanan laut tu. Sebelum ni kami beli dekat kedai runcit kat depan tu je. Ni bila ada orang datang jual, beli teruslah. Selama musim PKP ni, kami langsung tak keluar ke pasaraya. Segala keperluan kami buat senarai dan suami Kak feni yang akan beli masa on the way balik kerja atau sebelum pergi kerja. Kadang-kadang ayah mertua Kak Feni yang beli kalau suami Kak Feni tak sempat.

Mak mertua Kak Feni tak bagi dia keluar sebab bila dia balik dia taknak mandi. Hahaha kadang-kadang nak gelak pun ada. Bila dah berumur macam tu lah. 

Lepas siap semua menu makan tengahari merangkap makan malam sekali. Kak Feni buat ikan rebus untuk goreng malam karang.


Kelmarin Kak Feni buat ikan rebus ni 4 ekor. Ikan kecil-kecil. Letak dalam peti ais semalam. Semalam tengahari baru masak. Mak dengan ayah mertua Kak Feni suka sebab tak masin sangat. Memang Kak Feni letak garam sikit je sebab takut masin. Kalau beli ikan kukus kat pasar tu kan selalunya masin dan hancur. Kak Feni tak suka sebab kalau beli yang tu dia tak buang isi perutnya. Kalau mek Kak Feni kat kampung cukup marah kalau beli ikan kukus tu. Dia kata kurang bersih sebab tak buang isi perut ikan.

Mudah sangat nak buat ikan rebus ni. Basuh ikan bersih-bersih. Susun dalam periuk. Letak asam keping letak garam. Letak air agak-agak tenggelam. Kak Feni buat tak tenggelam sangat sebab wap air tu naik akan buat ikan tu masak juga. Letak atas dapur buka api perlahan. Agak-agak nampak ikan tu dah masak tutup api sejukkan. Masukkan dalam tupperware dan simpan dalam peti. Nak masak ambil.

Mek Kak Feni suka kalau nak buat gulai lemak ke, nak goreng ke nak buat sambal letak dalam budu ke guna ikan rebus ni. Lepas ni kami tak beli ikan kukus yang tak dibuang perut lagi. Buat sendiri lebih bersih dan lebih sihat. 

Sementara tak puasa lagi ni kita masak dan makan jela ye. Esok nak masak apa pula gaisss ????




6 comments:

  1. Takpelah pos cerita gambar makanan. Selalu ikan rebus ni kitorang buat laksa. Nyum.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sini laksa ken buat masa ramai ada. Kalau buat sikit tak puas makan.

      Delete
  2. Sedapnye kak, nasib baik wawa baca time malam2, sebab siang2 wawa puasa, hahaha.. btw wawa ada tag akk dlm entry terbaru

    https://duniamisskepeng.blogspot.com/2020/04/pencarian-bloglist-by-aisyhah-nyais.html

    ReplyDelete
  3. saya pun buat ikan rebus letak asam...tunggu 2 hari dah sedap buat goreng..

    ReplyDelete
  4. saya sukaaa je orang post pasal menu.. positive !!
    lagi bagi saya idea nak masak macam2..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke Blog Kak Feni. Sila tinggalkan komen untuk Kak Feni kunjung ke blog anda kembali. Thanks !

Powered by Blogger.