PKP Day 31 | Masak Makan Apa Yang Ada

Friday, April 17, 2020
Musim ni nak bermewah sangat tak boleh. Tambah-tambah lagi dengan keadaan sekarang. Kerja pun tak tahu boleh sambung ke tak. Kadang-kadang terbit juga rasa risau kalau tiba-tiba bos suruh jangan datang kerja. Dah sebulan duduk rumah ni. Mujur juga update netry pasal PKP ni jadi tahulah dah hari yang ke berapa. Kalau tak hari pun dah tak ingat.



Masak simple je ikan rebus goreng, ikan gulai masam, tauge dengan daun bawang serta timun jepun senget benget. Rezeki harini. Anak Kak Feni suka kuah gulai masam tu. Makan nasi dengan kuah gulai masam tambah kicap. Yang kecik tu suka makan. Yang besar tu tak nak makan nasi jadi kita buat roti telur untuk beliau.



Haha roti telur mudah dan simple tak payah nak potong bagai. Pecah telur letak black and white pepper sikit kacau rata celup dengan roti dan goreng. Anak pun kenyang. Musim PKP ni kita jangan membazir sebab kita maksimumkan apa yang ada. Anak-anak ada juga request nak makan pizza lah burger lah. Musim ni nak order je bukan dia weii. Nak buat sendiri pulak kena keluar pergi beli bahan. Guna jela apa yang ada. nak makan sedap kita tunggu abah dapat gaji kita minta abah belanja sikit. Hehe

Ummi dah sebulan lebih tak pergi kerja ni sejak kena PKP. Rasa rindu dah dengan tempat kerja. Harapnya dunia akan pulih seperti sedia kala dan kita akan menjadi hamba Allah yang bertakwa. Amin.



2 comments:

  1. tekak kita yang dewasa ni pun kdang2 kemain time MCO ni..
    saya pun mengidam makan macam2 tpi susah nak dapat.. sabarlaaa jiwa..

    ReplyDelete
  2. Saya takde mood sangat nak cuba buat masakan baru. Selalu kalau dapat pergi pasaraya baru keluar terbit idea dan bahan nak beli. Ni tak keluar, jadi semangat pun takde. Malas nak suruh abah beli, takut beli lain pula.
    Haha makan pun dah malas. Nasib baik boleh puasa.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke Blog Kak Feni. Sila tinggalkan komen untuk Kak Feni kunjung ke blog anda kembali. Thanks !

Powered by Blogger.