PKP Day 36 | Selesai Daftar Sekolah Agama Adik Rayyan Secara Online

Wednesday, April 22, 2020


Musim PKP ni semuanya kena buat online. Kerja pun kena buat online. Sebenarnya sebelum PKP ni dah Kak Feni dah sediakan segala dokumen untuk daftar sekolah Adik Rayyan tapi tertangguh sebab PKP. Nasib baik Abang Aus dah darjah 2 dan ada group sekolah Agama. Apa-apa info ustazah dan ustaz akan info dalam group.

Segala kerja sekolah dan latihan ustaz dan ustazah akan bagi melalui group wasap. Mula-mula cuti hari tu Abang Aus semangat juga nak buat kerja. Ni dah lama ni nampak makin taknak belajar. Ummi pun jadi mak kau hijau.

Lepas PKP ni kena pergi sahkan pendaftaran di sekolah agama. Untuk sekolah kebangsaan, tahun lepas dah daftar dan bulan 8 nanti kena pergi sekolah untuk sahkan pendaftaran. 

Tahun ni banyak benda yang tergendala. Semua orang terkesan dengan semua ni. Bukan kita sahaja malah seluruh dunia. Marilah kita terus berdoa agar semuanya baik-baik saja. InshaAllah.


5 comments:

  1. Insya Allah. Ada nampak sinar sedikit kes baru tu.
    Selamat berpuasa.

    ReplyDelete
  2. insy Allah sebelum raya semuanya ini berakhir...kita doa ye.

    salam kenalan dari oohsenyum, oohsenyum dah follow blog ini. Berminta tak tukar link dengan oohsenyum macam bloglist.

    Jom...kalau berminat comment kat ye

    https://www.oohsenyum.com/2017/03/bantu-blogger-yang-memerlukan-2020.html

    ReplyDelete
  3. jangan kata budak2 je lemau bila dah lama kuarantin, yang bekerja ni pun dah tak mampu dah

    ReplyDelete
  4. sekarang ni memang bergantung kat online untuk kebanyakan urusan.. em.. bab tergendala banyak urusan tu pun ye jugak.. habis berlumut kepala otak dok menghadap rutin yang sama setiap hari.. hee~

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah, bekerja dari rumah

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke Blog Kak Feni. Sila tinggalkan komen untuk Kak Feni kunjung ke blog anda kembali. Thanks !

Powered by Blogger.