Dah Kembali Bekerja Walaupun Masih Dalam Tempoh PKP

Friday, May 15, 2020
Assalamualaikum semua. Haiii rinduu begitulah nak habaqnya.

Hari ni hari ke 3 masuk kerja. Kak Feni drive sendiri ke tempat kerja sebab haluan husband dan wife tak sama. Masing-masing bawa kereta sendiri. 

Kak Feni masuk awal ke opis sebabnya memang banyak kerja yang pending. Masuk kerja jadi bingung sebab tak tahu nak mula yang mana.

Selfie me today


Banyak benda nak share tapi masa macam mencemburui. Kalau leka masa berlalu begitu saja. Jadi kena plan betul-betul nak buat apa.

Semalam sempat renew domain blog ni yang akan expired 27 May ni. Sebelum lupa sebelum expired nak renew banyak hal baiklah kita buat masa ada free ni. Alhamdulillah setel dah tak pening untuk setahun.


Banyak jugak sales dan job masuk sejak rajin update dan share ni. Rezeki anak-anak tu ada. Masa mula-mula kena PKP memang hari-hari update pasal makanan sebab hari-hari kena masak.

Kak Feni drive pagi agak jem juga jalan nak ke pejabat tapi balik laju sebab tak banyak kereta. Balik kerja agak laju dan tak jem sebab Kak Feni keluar awal. Sampai rumah sebelum asar. Terus mandi dan solat asar. Lepas solat rehat kejap dan terus masak untuk berbuka.

Kak Feni masih duduk dengan mentua sementara PKP ni. Senang nak tinggal anak-anak dan tak perlu ulang alik bawa anak keluar. Jadi urusan masak memasak ni buat sama dengan mentua. Lega lah sikit. Kak Feni tolong-tolong masak nasi dengan basuh pinggan jela sejak kerja ni. Haha

Rabu lepas penat gila balik kerja. Sakit kepala sangat sebab panas. Drive pun mujur sampai rumah. 



7 comments:

  1. akak pun kira hari ke 3 kerja , dah 2minggu kerja baru datang 3 hari, pasni bila dah kata boleh 70% kehadiran tak tau bila nk mula, boss tak cakap apa lagi..
    kita ikut jelah jadual 2 hari seminggu kot sampai lps raya nnti baru mula datang penuh seminggu kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Minggu depan hari selasa baru masuk. Nak raya dah kan. Lepas raya taktahu bila start pula.

      Delete
  2. Alhamdulillah dah kerja semula.

    ReplyDelete
  3. Selamat bekerja.. stay safe 😊

    ReplyDelete
  4. semoga dapat bekerja dengan baik :)

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke Blog Kak Feni. Sila tinggalkan komen untuk Kak Feni kunjung ke blog anda kembali. Thanks !

Powered by Blogger.