Khasiat Pokok Duit-duit Di Meja Kerja

Thursday, June 04, 2020


Baru perasan sejak PKP hari tu pokok duit-duit kak feni tak nampak hijau. Hari ni tengok-tengok dah kering. Cepat-cepat kak feni lari ke pantry untuk cuci gelas dan topup air yang baru.

Kesian dekat pokok duit-duit ni. Mujur tak arwah. Kalau tak kena pergi potong baru lah jawabnya. Lama tak masuk opis tak terjaga rasanya.

Bila dah tukar air baru nampak macam cantik dan segar dah rupanya. Kenapa Kak Feni letak pokok duit-duit ni di meja? Sebabnya air cond kuat sangat. Kulit jadi kering. 

Kawan lama Kak feni suruh letak segelas air. Mendiang LC namanya. Dah meninggal dah dia. Dia cakap u letak air di meja. Nanti kulit jadi tak kering. Mula Kak feni letak air kosong je takde pokok duit-duit ni. Gelas kosong nampak tak cantik. Ada pokok duit-duit jadi Kak feni tambah pokok duit-duit.

Memang kurang rasa kering kulit bila ada air dan pokok di meja kita. Pengalaman. Mungkin air cond tu sedut air dalam gelas tu kot. Pakai lah losyen macam mana pun bila dah nak kering-kering juga.

Boleh cuba untuk yang ada masalah macam Kak Feni.

5 comments:

  1. Wah menarik petua. Mungkin penyaman udara tarik kelembapan.

    ReplyDelete
  2. wah menarik pula petuanya
    nak kena try lahh

    ReplyDelete
  3. Baru tsu, selalu guna losyen je..bole try tips kak feni ni

    ReplyDelete
  4. Wahhh...bagus petua ni...boleh la buat nanti

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke Blog Kak Feni. Sila tinggalkan komen untuk Kak Feni kunjung ke blog anda kembali. Thanks !

Powered by Blogger.