Proses Beli Rumah - Valuer Akan Nilaikan Rumah Kita

Wednesday, June 24, 2020
Makin dekat nak selesai segala urusan makin berdebar pulak rasa. Haha macam mana agaknya nanti. 

Hari ni valuer rumah call untuk tanya detail pasal rumah Kak Feni beli tu. Feni serahkan semuanya kepada agen dan lawyer. Lawyer kata tak boleh dapat kunci awal selagi tak setel semuanya. Okeylah kita ikut jelah prosedurnya.

Masa Kak feni dengan husband sign LO bank hari tu, officer bank dah terangkan pada kami pasal rumah yang subsale ni akan ada jurunilai buat penilaian rumah. Sesuai tak dengan harga pasaran(market value). Oleh kerana loan kami tak boleh nak cover fee valuer dan juga lawyer fee untuk loan. Makanya kami kena bayar juga. Okey kami faham. Yang ni pun kami yang kena sediakan duit. So bajet kak Feni untuk urusan Fee Lawyer dan valuer ni dalam RM10K. Pejam mata jela kan.

Dalam masa 5 bulan ni kena standby duit untuk bayar ke bank. Kak Feni ada buat keluar duit KWSP untuk urusan lawyer fee dan nak repair sikit-sikit rumah tu. Harapnya cukup lah bajet. Maklumlah beli rumah subsale ni risiko sendiri tapi harapnya semua dipermudahkan segala urusan.

So far berjalan dengan lancar.

Semoga urusan pindah milik nama dan selesai pelepasan gadaian owner lama selesai dengan mudah dan cepat. Harap macam tu lah. Kadang-kadang datang juga perasaan risau nak masuk rumah baru tapi cepat-cepat pujuk hati yang semuanya akan berjalan dengan lancar.

Rasa macam mimpi jadi kenyataan je tahun ni dah nak duduk rumah baru. Kak Feni harap semuanya akan berjalan dengan lancar. Rumah sewa Kak Feni sekarang ni Kak Feni tak tolak lagi sebab tak tahu bila nak selesai. Dah confirm selesai dapat kunci boleh renovate rumah baru baru nak bagi notis kepada tuan rumah.

Alhamdulillah Kak Feni dikurniakan tuan rumah yang baik dan memahami. Masa PKP hari tu gaji Kak Feni lambat masuk. Bincang dengan tuan rumah kena bayar lambat sebab gaji lambat clear. Alhamdulillah dia pun faham.

Syukur sangat sebab Kak Feni sentiasa dikelilingi oleh orang-orang yang baik. Alhamdulillah. Bila nak hantar notis ni rasa sedih pulak sebabnya tuan rumah baik dan jiran-jiran yang duduk di sekeliling rumah Kak Feni baik-baik belaka. Kalau ada kenduri kendara dah macam family sendiri.

Pindah rumah baru nanti tak tahu macam mana gaya pulak. Nenek sebelah rumah mesti sedih. Haha dia suruh kami beli jer rumah sewa kami tu tapi tak berkemampuan sebab harganya. Tak setimpal dengan gaji kami jadi bersyukur juga sebab Allah lorongkan kami rumah yang sesuai dengan kemampuan kami.

Betulkan niat untuk perbaiki diri dan berubah nak jadi lebih baik. InshaAllah Allah pasti bantu.

Apapun Kak Feni harap segala urusan nak masuk rumah baru dipermudahkan oleh Allah. Semoga Allah sentiasa kayakan kami dengan rezeki melimpah ruah agar kami pulak dapat bantu orang lain dengan kemampuan yang kami ada.

Syukur Alhamdulillah.


Belanja 1 tips murah rezeki. Selalu berzikir ingat Allah. Allah permudahkan segala urusan kita.

7 comments:

  1. Semoga selesai segala urusan. Sedih tinggalkan jiran yang baik hati.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann. Tula harap-harap ukhwah yang terbina berkekalan.

      Delete
  2. Selamat duduk rumah sendiri, selamat deko-deko ;)

    Follow 115

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itula barang rumah lama banyak sangat. Pening kepala. Nak kemas-kemas yang elok nak sedekah atau let go jela nanti.

      Terima kasih sudi follow.

      Delete
  3. sebenarnya tak mau lagi lah berurusan dengan Bank ... tapi apa daya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya nak kumpul duit entah bila boleh beli cash. Huhu

      Delete
  4. alhamdulillah rezeki.. semoga cepat2 lagi selesaikan urusan.
    bestnya.. semoga rezeki saya pula nak beli rumah =)

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke Blog Kak Feni. Sila tinggalkan komen untuk Kak Feni kunjung ke blog anda kembali. Thanks !

Powered by Blogger.