Selesai Urusan Dengan KWSP

Wednesday, June 10, 2020
Assalamualaikum hai semua. Kak Feni sangat happy hari ni nak share dengan korang pasal urusan KWSP Kak Feni dan suami dah selesai tadi. Alhamdulillah syukur sangat Allah permudahkan segala urusan.

Next step tunggu urusan lawyer kita dengan bank jer. Lepas segala urusan pindah milik dan owner lama selesai segala yang tertunggak baru kami dapat kunci. Lepas dapat kunci baru Kak Feni dan husband boleh uruskan urusan untuk renovate ke apa. Jadi kena sabar. 

Lawyer cakap dalam masa 4 + 1 bulan akan selesai semuanya. Kak feni kira urusan ni dalam bulan 10 jugalah nanti. Tapi kalau siap awal boleh masuk awal. Nak renovate repair segala benda dalam rumah bagai tu pun ambil masa juga. Jadi mungkin hujung tahun atau awal 2021 baru boleh masuk rumah baru.

Korang yang baca tolong doakan Kak feni juga ye. Terima kasih.

Kak Feni pun doakan korang yang membaca entry Kak Feni ni akan capai segala impian korang. Umur 34 baru boleh merasa nak beli rumah. Tu pun Allah bagi sebab kami dah mampu kot. Dulu sibuk nak besarkan anak-anak. Sekarang pun masih nak besarkan anak-anak tapi keadaan kewangan agak stabil lah sikit berbanding dulu. Alhamdulillah.

Okey berbalik kepada urusan untuk keluarkan duit dari akaun 2 dari KWSP. Kak Feni kena pergi ambil dokumen di pejabat peguam dulu sebelum boleh terus terjah KWSP.

Kami keluar awal pagi walaupun dah buat temujanji pukul 10.30 pagi. Kak Feni dan husband sampai di pejabat peguam pukul 9.00 pagi. Wasap lawyer tanya mana tempat. Alhamdulillah mudah saja jumpa. Tak sampai setengah jam urusan dah selesai. Kami terus ke Pejabat KWSP HQ di Jalan Raja Laut sebab hanya HQ boleh buat urusan keluarkan duit akaun 2 untuk urusan pembelian rumah. Cawangan lain pun boleh tapi kena buat temujanji dulu (katanya). Kena call KWSP sendiri untuk info lanjut.

Oleh kerana kami memang kerja di KL, jadi baik kami terus ke HQ je. Kalau apa-apa senang nak pergi tapi hari ni dah selesai.

Antara dokumen yang diperlukan oleh KWSP:-

1. Salinan SPA yang telah disahkan (CTC)
2. Salinan LO Bank yang telah disahkan

Semalam Lawyer ada minta pengesahan nombor akaun kan tapi masa kami nak bagi tadi, officer kata tak perlu. So Kak Feni pun simpanlah balik.

Pasal salinan IC yang Kak Feni dan husband prepare pun dia taknak sebab kita kan bagi IC untuk di thumb print. Dia ambil di situ je. Mudah sangat urusannya. Lebih baik bawa je siap-siap kalau officer nak kita boleh terus bagi.

Masa kami sampai di bangunan KWSP nak masuk parking pun ada polis bantuan ambil suhu. Naik ke lobi kena keluar balik pintu depan beratur untuk urusan tulis nama dan nombor telefon. New normal dah kan kita ni. Dah beratur petugas tanya urusan apa dan dah isi borang ke belum. Hadoii masa ni gelabah juga sebab kami tak isi borang secara online. Jadi kena isi secara manual. 

Meja untuk menulis takde kat depan pejabat kwsp tu, duduklah kak feni dan husband di tepi koridor tu untuk tulis borang. Husband Kak Feni dah naik angin sebab takde tempat nak tulis. Kak feni pun tenangkan dia takpe abah rilek je. Nanti ummi tulis. Dia pun cool down tulis sendiri. Jenis bad temper ni lagu ni lah. Ermmm sabo jela nak buat macam mana kan ?

Bukan susah mana pun sekejap je dah siap isi borang sebab semua dokumen dah lengkap. Cuma borang je yang kami tak isi. Takde pengalaman kan ? First time buat. Next time orang tanya atau kami nak beli rumah lagi senang la kami. hehe.

Dah siap semua baru boleh masuk pejabat KWSP untuk ambil nombor giliran.



Banyak kaunter yang buka jadi masa menunggu tak lama. Sekejap je urusan nya kalau dah lengkap segala. Prepare siap-siap. Tak tahu tanya. Call KWSP atau lawyer yang dah biasa buat benda ni.

Officer kata duit akan clear dalam masa 14 hari bekerja. Jadinya kita tunggu lah. Dah clear boleh uruskan bayaran rumah dan juga lawyer fee Kak Feni tu.

Permudahkanlah ya Allah. InshaAllah.





11 comments:

  1. Seronok baca kronologi pembelian rumah Feni.
    Semoga dipermudahkan. Amin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Tunggu lawyer bank pulak macam mana. KWSP setel boleh terus buat payment untuk lawyer fee dan bila dah dapat kunci nanti boleh terus bayar installment.

      Delete
  2. Alhamdulillah,selesai sudah ..tshniah kak feni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah nanti Kak Feni update pasal urusan dengan lawyer bank dan serap kunci pula kalau ada kesempatan.

      Delete
  3. Alhamdulillah dapat capai impian untuk beli rumah... Semoga dipermudah semua urusan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Semoga Cik TK pun capai apa yang diimpikan. InshaAllah pasti Allah tunaikan.

      Delete
  4. Semoga dipermudah semua urusan Kak Feni & husband. Dan tahniahhhh dan Alhamdulillah, ada rumah sendiri 😊. Umur 34 consider muda lagi tau kak ada rumah sendiri 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah rezeki dari Allah. Semoga NS juga dapat capai apa yang diimpikan.

      Delete
  5. Tahniah
    Semoga cepat dapat masuk rumah baru.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih WP. Alhamdulillah. Harap semua urusan dipermudahkan oleh Allah.

      Delete
  6. semoga dipermudahkan urusan masuk rumah baru.
    mesti tunggu 4 + 1 bulan tu terasa terlalu lama.
    dah boleh dah mula fikirkan deko2

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke Blog Kak Feni. Sila tinggalkan komen untuk Kak Feni kunjung ke blog anda kembali. Thanks !

Powered by Blogger.